Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai terlibat merempuh empat atlet berbasikal Malaysia termasuk dua atlet Para ASEAN dan ketua jurulatih pagi tadi ditahan kira-kira pukul 5.30 petang ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata lelaki berumur 46 tahun itu dikesan menerusi satu laporan polis yang dibuatnya pada pukul 3 petang di Balai Polis Kampung Baru Subang.
"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Selangor untuk melakukan ujian air kencing dan dirakam percakapan bagi siasatan lanjut. Insiden berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Suspek juga mungkin akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Atlet paralimpik alami kemalangan
BACA: Sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya dilarang keras
Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu, Ketua Jurulatih Mohd Johari Nayan, 42, dua atlet Para ASEAN Mohd Hairul Hazwan Wahab, 25, dan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali, 19, manakala dua 'pilot rider' iaitu Mohd Nor Rizual Zainal, 31, serta Muhamad Nur Syafiq Suhaimy, 25, dirempuh di Km1 2.6 Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).
Ketika kejadian, empat atlet itu sedang berbasikal sambil diiringi Mohd Johari yang bermotosikal dari arah Ijok, Kuala Selangor menghala Rawang sebagai latihan persediaan bagi menghadapi temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept ini.
Ekoran insiden itu, Mohd Nor Rizual mengalami patah pada bahagian tulang belakang manakala Muhamad Nur Syafiq pula patah kaki kanan dan mangsa lain yang cedera di beberapa bahagian badan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, pihak Latar dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyalurkan maklumat berkaitan bagi membantu siasatan kemalangan tersebut.
Kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai mengenai larangan berbasikal di lebuh raya sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kami berharap kemalangan seumpamanya tidak berulang lagi dan kesemua pelumba negara yang terlibat akan selamat untuk meneruskan misi negara," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2017
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata lelaki berumur 46 tahun itu dikesan menerusi satu laporan polis yang dibuatnya pada pukul 3 petang. -
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.