awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Litar Dato Sagor: Kertas siasatan di peringkat akhir

Bernama
Bernama
11/01/2023
08:10 MYT
Nahas Litar Dato Sagor: Kertas siasatan di peringkat akhir
Kemalangan berlaku apabila dua kenderaan gagal mengawal kenderaan ketika bergesel semasa menghampiri garisan penamat. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Kertas siasatan berhubung kejadian seorang pengusaha bengkel kenderaan meninggal dunia selepas dirempuh kereta terbabas dalam satu acara permotoran di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah pada Disember, kini di peringkat akhir untuk disiapkan.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata setakat ini sembilan saksi telah dipanggil dan beberapa lagi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan itu.
"Kita perlu siasat secara terperinci dan tidak mahu insiden tersebut berulang lagi. Tindakan akan diambil kepada mana-mana persatuan, orang perseorangan jika didapati bersalah (dalam hal itu)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini,.
Dalam kejadian pada 31 Dis itu, seorang lelaki yang juga pengusaha bengkel kenderaan, maut selepas dirempuh kereta jenis Proton Satria ketika menyaksikan acara permotoran di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak.
Bedah siasat mayat lelaki berusia 32 tahun itu di Hospital Changkat Melintang mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.
Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila dua kenderaan gagal mengawal kenderaan ketika bergesel semasa menghampiri garisan penamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas siasatan
#dirempuh kereta
#acara permotoran
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan