awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah

Bernama
Bernama
26/12/2024
10:30 MYT
Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah
Kedutaan Azerbaijan di Malaysia telah membuka nota takziah bagi menghormati mangsa nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang berlaku pada 25 Disember, yang mengorbankan 38 nyawa. -Reuters
KUALA LUMPUR: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia telah membuka nota takziah bagi menghormati mangsa nahas tragis pesawat Azerbaijan Airlines yang berlaku pada Rabu (25 Disember).

Ringkasan AI
  • Kedutaan Azerbaijan di Malaysia telah membuka nota takziah bagi menghormati mangsa nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang berlaku pada 25 Disember, yang mengorbankan 38 nyawa.
  • Nota takziah boleh ditandatangani di kedutaan di Taman Ampang Utama, Selangor, pada 26 Disember dari 2 petang hingga 5.30 petang, dan 27 Disember dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 5.30 petang. Ucapan takziah juga boleh disampaikan melalui e-mel.
  • Kerajaan Azerbaijan telah mengisytiharkan 26 Disember sebagai hari berkabung kebangsaan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kedutaan Azerbaijan memaklumkan kemalangan udara semasa pesawat dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu cuba melakukan pendaratan cemas telah meragut banyak nyawa.
Kerajaan Azerbaijan telah mengisytiharkan 26 Disember sebagai hari berkabung kebangsaan.
"Nota Takziah boleh ditandatangani di kedutaan yang terletak di Lot 589, Jalan 6, Taman Ampang Utama, Selangor mengikut jadual berikut: Khamis (26 Dis) dari 2 petang hingga 5.30 petang, dan Jumaat (27 Dis) dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 5.30 petang," menurut kenyataan itu.
Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di [email protected].
Nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran Aktau, Kazakhstan telah mengorbankan 38 nyawa, menurut Menteri Pengangkutan Kazakhstan Marat Karabayev seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Azerbaijan (Azertac).
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan Airlines
#Nota Takziah
#Kedutaan Azerbaijan di Malaysia
#Baku ke Grozny
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan