awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Lion Air: Tun M luah rasa sedih

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
29/10/2018
09:27 MYT
Nahas pesawat Lion Air: Tun M luah rasa sedih
Dr Mahathir menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa melalui laman Twitternya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa penerbangan Lion Air JT610.
Beliau menerusi akaun Twitternya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi tersebut.
"Saya sedih dan terkejut menerima berita pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang pagi tadi. Saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini," katanya.
Saya sedih dan terkejut menerima berita pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang pagi tadi. Saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) October 29, 2018
Setakat ini, sejumlah 189 penumpang, juruterbang dan anak kapal yang menaiki pesawat itu dilaporkan terkorban. Mereka terdiri daripada dua bayi, seorang kanak-kanak, 178 dewasa, dua juruterbang, lima pramugari serta seorang juruteknik.
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus ia dilaporkan terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
BACA: Juruterbang beri indikasi pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar?
BACA: Ini apa anda perlu tahu tentang juruterbang pesawat Lion Air JT-610
BACA: Dua mangsa dijumpai, dibawa ke Tanjong Priok
BACA: Kad pengenalan, buku akaun bank, anggota badan antara ditemui
Topic Berkaitan
#Indonesia
#JT610
#Lion Air
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#PrayforJT610
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan