awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naikkan lantai ekonomi dengan tingkatkan kuasa beli rakyat - Irwan Shah

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
29/08/2023
16:31 MYT
Naikkan lantai ekonomi dengan tingkatkan kuasa beli rakyat - Irwan Shah
Irwan Shah berpandangan, pendekatan kerajaan melalui kerangka Ekonomi Madani adalah tepat untuk menyelesaikan dilema mengenai isu kos sara hidup. - Gambar fail/FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Lantai ekonomi negara perlu dinaikkan dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat membaiki kualiti hidup rakyat.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berpandangan, pendekatan kerajaan melalui kerangka Ekonomi Madani adalah tepat untuk menyelesaikan dilema mengenai isu kos sara hidup.
“Saya melihat apa yang dibentangkan dalam kerangka Ekonomi Madani itu, secara prinsipnya tepat. Sebab itu apabila digunakan analogi rumah yang perlu dinaikkan bukan sahaja siling, bahkan juga lantainya.
"Kalau kita nak naikkan siling, tetapi lantai yang merujuk kepada kuasa beli dan pendapatan rakyat masih rendah, maka pembangunan itu tidak boleh dikatakan sebagai manusiawi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata lantai ekonomi negara perlu dinaikkan dengan meningkatkan kuasa beli rakyat yang seterusnya dapat membaiki kualiti hidup rakyat. #AWANInews #AgendaAWANI pic.twitter.com/p8d6ejlaIA
— Astro AWANI (@501Awani) August 29, 2023
Jelasnya, peningkatan pendapatan rakyat menjamin kualiti hidup lebih baik meskipun berdepan kenaikan harga, seperti yang berlaku di Singapura.
“Perkara itu penting kerana kalau kita lihat di negara-negara maju, harga barangan mahal tetapi mereka tidak mengadu kerana pendapatan dan kuasa beli mereka tinggi.
“Seperti di Singapura, apabila berlaku pandemik, kerajaan meningkatkan kadar Cukai Barangan dan Jualan (GST). Tidak pula menjadi isu di sana.
“Maksudnya, jika kita berjaya meningkatkan kedua-keduanya dari segi siling dan lantai, ia akan membolehkan rakyat bersedia,” katanya.
Pada 7 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Dasar Gaji Progresif yang akan dilaksanakan bersifar sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.
Anwar menjelaskan, dasar ini merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum serta disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan dan peringkat.
Menurutnya, MTEN turut berpandangan Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah demi kesejahteraan rakyat serta mencapai agenda mengangkat ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#ekonomi madani
#Dasar Gaji Progresif
#pendapatan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan