KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hari ini gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Na'imah selaku pemohon, bagi menyemak perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas beliau didakwa gagal mengisytiharkan harta.
"Tindakan Hakim Mahkamah Sesyen sah, wajar dan tidak terdapat ketidakadilan yang berlaku. Mahkamah sahkan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen dan menolak permohonan ini," kata hakim itu.
Pada 23 Jan, Na'imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham, serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Hakim Azura Alwi membenarkan Na'imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Bernama
Fri Mar 22 2024
Na'imah gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal. - Astro AWANI/Shahir Omar
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Pilihan Raya Iran: Diadakan 28 Jun ini susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
Selepas meneliti masa proses pemilihan, ketua-ketua cabang kuasa Iran memutuskan pada 28 Jun ini sebagai tarikh pemilihan untuk menentukan presiden baharu.
Na'imah gagal dapatkan pasport secara kekal
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hari ini gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.
Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, tiada jaminan isteri Daim, Na'imah akan kekal berada di negara ini, jika pasport antarabangsanya dikembalikan secara tetap.
Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah.
Permohonan isteri Daim untuk dapatkan pasport secara kekal didengar 13 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Mac untuk mendengar hujahan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport secara kekal.
Tun Daim sedia berdepan pertuduhan jenayah walau di hospital - Na'imah
Na'imah berkata, Daim tidak menggunakan alasan sedang menjalani rawatan di wad hospital untuk mengelak daripada dibawa ke mahkamah.
'Saya tidak bersalah, akan buktikan di mahkamah' - Isteri Daim
Toh Puan Naimah Abdul Khalid menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa, dan akan membuktikannya di dalam prosiding mahkamah.
Isteri Daim didakwa tidak isytihar harta
Na'imah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Isteri Tun Daim tiba di mahkamah
Na'imah dijangka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan harta.
SPRM berkeras mahu dakwa saya esok - Isteri Daim Zainuddin
Na'imah meminta untuk didakwa pada Rabu selepas selesai prosedur perubatan yang akan dijalani Daim.
Isteri Daim akan didakwa esok
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.