Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Tokyo, Jepun mulai hari ini untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 'Future of Asia'.
Beliau dijadual menyampaikan ucaptama di persidangan bertemakan 'Rising Asia-Messages for the Next 20 Years' itu pada Khamis (22 Mei).
"Ini merupakan penampilan kedua perdana menteri selaku penceramah utama di persidangan itu, kali pertama pada 2011," menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.
Ia berkata Najib turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe.
"Perbincangan antara kedua-dua perdana menteri itu akan mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara ke arah kerjasama lebih menyeluruh terutama dalam ruang lingkup ekonomi dan pelaburan," kata kementerian itu.
Kenyataan itu menjelaskan kedua-dua pihak berkongsi pandangan bahawa hubungan dua hala perlu dipupuk, digalak dan dijadikan lebih relevan sejajar dengan persekitaran tempatan dan antarabangsa.
Najib akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta pegawai kanan Kementerian Luar, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Menurut kenyataan itu, hubungan ekonomi Malaysia-Jepun kekal sebagai teras utama dalam kerjasama dua hala kedua-dua negara.
Jepun merupakan rakan dagang global ketiga terbesar dan destinasi eksport ketiga terbesar Malaysia dengan nilai US$25.31 bilion (RM79.75 bilion) pada 2013, selepas China dan Singapura.
Jumlah perdagangan dua hala yang direkodkan tahun lepas ialah US$43.2 bilion (RM136.11 bilion).
Jepun terus menjadi pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan dengan lebih 1,400 syarikatnya beroperasi di Malaysia.
Sehingga Disember 2013, 2,510 projek perkilangan telah dilaksanakan dengan nilai pelaburan US$22.7 bilion (RM73.24 bilion).
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata pada Persidangan Nikkei itu, Najib akan membincangkan tentang Model Ekonomi Baharu Malaysia dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang dilaksanakan kerajaan Malaysia.
Pelaksanaan inisiatif berkenaan dibuat bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan pelaburan sejajar dengan hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
"Perdana menteri juga akan menegaskan bahawa abad ke-21 adalah milik Asia dengan rantau itu menggalas peranan utama dalam memacu ekonomi dunia," tambah kenyataan itu.
Bernama
Wed May 21 2014
Najib adakan lawatan kerja dua hari ke Jepun dan bakal bertemu rakan sejawatannya, Shinzo Abe (kanan). -gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.