awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib adakan perbincangan dengan Presiden Myanmar

Bernama
Bernama
13/03/2015
04:24 MYT
Najib adakan perbincangan dengan Presiden Myanmar
Thein Sein tiba semalam bagi lawatan sulungnya selama dua hari ke negara ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U Thein Sein mengadakan perbincangan empat mata di pusat pentadbiran kerajaan di sini, hari ini.
Kedua-dua pemimpin kemudian menghadiri mesyuarat delegasi bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala sedia ada antara Malaysia dan Myanmar.
Thein Sein, yang menjawat jawatan Presiden Myanmar pada 2011, tiba semalam bagi lawatan negara sulungnya selama dua hari ke negara ini, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pemimpin Myanmar yang diiringi isteri, Daw Khin Khin Win mengadap Tuanku Abdul Halim, malam tadi.
Myanmar merupakan rakan dagang ke-38 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara sebanyak RM3.18 bilion tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Agong
#Daw Khin Khin Win
#mesyuarat delegasi
#najib
#presiden myanmar
#Tuanku Abdul Halim
#U Thein Sein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan