KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah 'mengarahkan' Tetuan KPMG Malaysia untuk menandatangani Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2013, ketika pertemuan firma itu dengan 1MDB yang diadakan di kediaman bekas perdana menteri itu di Langgak Duta pada 15 Dis 2013.
Rakan Kongsi Pengurusan tetuan itu Datuk Johari Idris, 56, berkata pertemuan itu diadakan bagi memaklumkan Najib mengenai isu dihadapi KPMG, yang menyebabkan laporan audit syarikat itu tidak dapat dikeluarkan, selain pihak KPMG juga ingin mendengar sendiri daripada Menteri Kewangan itu, sama ada beliau tahu atau tidak berkenaan pelaburan berjumlah US$2.3 billion di Cayman Island Brazen Sky di Cayman Island.
"Sebelum perjumpaan berakhir, Najib menyatakan ingin melihat akaun 1MDB ditandatangan oleh KPMG sebelum atau pada 31 Dis 2013, namun saya tidak memberikan sebarang respons kepada beliau," kata saksi pendakwaan ke-14 itu.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair apakah reaksi saksi kepada (keinginan Najib untuk melihat akaun 1MDB ditandatangan KPMG), saksi menjawab "seolah-olah ia adalah arahan kepada saya".
Johari berkata dalam mesyuarat berkenaan, Najib juga menyatakan bahawa beliau (Najib) sedia maklum mengenai pelaburan 1MDB di Brazen Sky, namun beliau memaklumkan bahawa 1MDB tidak boleh mendedahkan butiran terperinci mengenai pelaburan berkenaan kerana ia adalah sulit.
"Najib juga mempersoalkan mengapa KPMG masih menimbulkan syak terhadap 'underlying assets' tersebut. Beliau juga bertanyakan kepada saya, sama ada saya boleh menerima penjelasan tersebut dan sama ada penjelasan ini mencukupi bagi pihak KPMG untuk mengeluarkan laporan audit (yang tidak bersyarat).
"Namun saya menyatakan bahawa saya memerlukan bukti bagi melengkapkan proses audit mengikut peruntukan, seperti mana tertera dalam 'International Standard of Auditing (ISA)' dan 'Financial Reporting Standard (FRS)', di mana peraturan FRS juga termaktub di dalam Akta Syarikat 1965.
"Saya memaklumkan sekiranya pihak KPMG tidak dapat melengkapkan proses pengauditan pelaburan 1MDB, maka kami akan mengeluarkan laporan bertegur 'Disclaimer of opinion' terhadap akaun 1MDB," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan Najib, berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Johari berkata Najib juga menyuarakan kerisauan terhadap kelambatan penyediaan akaun dan beliau ingin mengetahui status audit 1MDB, selain menanyakannya mengapa pihak KPMG tidak boleh menerima pengesahan yang dibuat oleh pihak BSI Bank, yang merupakan 'custodian' bagi pelaburan di Brazen Sky iaitu subsidiari kepada 1MDB.
"Saya telah menyatakan bahawa pihak BSI Bank tidak memberikan butiran lengkap kepada KPMG untuk menyelesaikan mengaudit 'underlying assets'. Tanpa maklumat tersebut, pihak KPMG tidak boleh menjalankan prosedur audit untuk mengesahkan bahawa penilaian tersebut adalah betul," katanya.
Johari juga mengesahkan bahawa Najib menyatakan beliau telah dimaklumkan bahawa Bridge Partners (syarikat dana swasta), tidak dapat menyediakan maklumat yang diperlukan kerana peruntukan undang-undang dan 'trade secret' dana tersebut.
"Najib kemudiannya bertanya kepada saya, bagaimana untuk 1MDB mendapatkan maklumat tersebut. Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin (bekas pengarah 1MDB) telah meminta KPMG untuk berlaku adil dan tidak meminta sesuatu yang tidak boleh 1MDB sediakan.
"Saya sekali lagi telah menyatakan bahawa akaun 1MDB perlu disediakan berdasarkan prinsip FRS dan Akta Syarikat.
"Sekiranya 1MDB tidak patuh kepada 'accounting standard' tersebut, ia bermakna bahawa 1MDB tidak patuh kepada undang-undang. Memandangkan maklumat dana tersebut adalah mustahak bagi pengauditan 1MDB, tanpa maklumat tersebut akan menyebabkan skop yang terhad bagi pihak KPMG, ia akan menyebabkan KPMG mengeluarkan laporan audit bersyarat dalam bentuk 'Disclaimer of Opinion'," katanya.
Beliau berkata Najib kemudiannya meminta pengurusan 1MDB untuk berurus dengan pihak Bridge Partners untuk memberikan maklumat diperlukan oleh KPMG, bagi membantu di dalam proses pengauditan.
Johari berkata Najib juga meminta pihak KPMG untuk pergi ke Hong Kong bagi melengkapkan proses audit, dan mahu audit dibuat dengan profesional dan konsisten dengan 'good governance'.
Menurut saksi di dalam perjumpaan tersebut juga, Najib memberitahu bahawa beberapa orang telah maklum mengenai pertemuan yang dibuat, dan meminta Tetuan KPMG untuk bertindak dengan penuh profesional dan mengekalkan kerahsiaan klien.
"Saya menyatakan bahawa KPMG telah dan akan menjalankan tugas dengan profesional. Sebarang urusan atau perbincangan mengenai 1MDB, hanya diketahui 'engagement team' yang ketika itu diketuai wakil KPMG iaitu Ahmad Nasri Abdul Wahab dan 'chain of command' sahaja, dan tiada pihak lain yang akan mempunyai pengetahuan mengenai 1MDB," katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaiKPMGtu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 9 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/Astro AWANI
Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga - Exco
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga tidak dibenarkan menerima pelawat.
Wanita maut, kereta dinaiki bersama suami dan empat anak terbabas
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendean Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 2.11 pagi itu menyebabkan pemandu kenderaan iaitu wanita berusia 41 tahun maut akibat cedera parah.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
PRK KKB: Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser ditutup 2 petang
Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser mewakili hanya 40 orang pengundi, manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Penghormatan: Pemimpin disegani meninggalkan legasi
Pemimpin negara memberikan penghormatan terakhir kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Polis tak terima laporan isu 3R sepanjang kempen
Polis turut berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan yang dikeluarkan.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.