Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menduga diberi sambutan sebagai tetamu negara oleh kerajaan Arab Saudi dan percaya ia adalah kesan daripada hubungan akrab yang terjalin sekian lama antara Malaysia dan negara berkenaan.
"Alhamdulillah kedatangan saya hari ini pun mendapat layanan luar biasa sebab saya tak sangka jalan-jalan ditutup sepanjang lapangan terbang menuju ke tempat ini dan ia bukan perkara biasa," katanya dalam pertemuan dengan 150 mahasiswa Universiti Islam Madinah di sini malam tadi.
Najib berkata beliau merasa bertuah mendapat sambutan yang tidak diduga itu dengan begitu ramai pelajar menyambut ketibaannya dan beliau dimaklumkan pelajar berkenaan mendapat biasiswa kerajaan Arab Saudi kesan hubungan baik dan akrab itu.
Perdana Menteri berkata beliau akan terus memupuk hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi dan akan sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin erat sehingga mendapat pertimbangan istimewa dalam banyak aspek termasuk berhubung jemaah haji dan urusan lain.
Beliau turut berkongsi dengan mahasiswa berkenaan tentang perkara yang berlaku semasa kecemasan dalam Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika negara itu sedang bergolak berikutan krisis politik yang membawa kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.
Kata Najib perkara itu dibangkitkan dalam ucapan penangguhan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini awal bulan ini.
Beliau berkata kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan dengan membenarkan pesawat Charlie yang membawa masuk pelajar Malaysia, mendarat di Jeddah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa perlu mendapatkan visa.
"Ini satu pertimbangan luar biasa dan tidak cukup setakat pesawat itu, penerbangan dua pesawat Boeing 747 Jumbo diberi percuma bagi membawa balik pelajar terbabit," katanya.
Terdahulu ketibaan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan untuk lawatan kerja empat hari di Lapangan Terbang Putera Mohamed Abdul Aziz di sini disambut Timbalan Gabenor Madinah Abdul Mohsen Al-Munif.
Berhubung perkembangan di Malaysia, Najib berkata beliau akan terus memperjuang bagi membangun, meningkat dan memperkukuh syariat Islam di Malaysia berpaksikan maqasid syariah yang akan menjadi landasan kerajaan untuk terus memperjuangkan usaha membangunkan Islam.
"Walaupun perjumpaan ini adalah satu pertemuan ringkas tetapi ia sungguh bermakna dan mudah-mudahan dengan baliknya tuan-tuan sekalian ke Malaysia boleh memainkan peranan mengembang dan memperkukuh Islam termasuklah di institusi Islam yang ada," kata perdana menteri.
"Itulah harapan saya dan kerajaan Malaysia," katanya.
Mengenai soal pembangunan, kebajikan, ekonomi dan kewangan, Najib berkata Malaysia berada dalam keadaan yang baik.
"Kita perlu berusaha memperkukuh ekonomi Malaysia sehingga kita dengar tarif elektrik dinaikkan. Tetapi perkara itu sesuatu yang tak dapat dielakkan tetapi golongan berpendapatan sederhana akan terus mendapat bantuan kerajaan," kata beliau lagi.
Kerajaan, kata Najib, akan terus membantu golongan berpendapatan sederhana dan lain-lain, misalnya melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan persekolahan.
Ia bertujuan membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, kata Najib.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Ameer Ikhwan Zaini meminta mahasiswa Malaysia yang berada di seberang laut supaya turut sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membangunkan Malaysia.
"Adalah sesuatu yang merugikan jika masih ada mahasiswa yang membenci kerajaan," katanya.
Beliau berkata usaha Perdana Menteri menubuhkan Institut Wasatiyyah untuk meninggikan syiar Islam perlu disokong terutama dalam membolehkan golongan profesional dan agama mendekati pelbagai lapisan masyarakat dengan keindahan ajaran Islam.
Selepas majlis itu, Najib dan Rosmah menziarahi makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di dalam Masjid Nabawi di sini.
Beliau turut diiringi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin.
Hari ini, Najib dijadual menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di Makkah dan dijangka menghadap Raja Abdullah Abdul Aziz.
Bernama
Sun Dec 22 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kiri) diiringi Sheikh Abdullah Al-Summan (kiri) ketika menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi di sini malam tadi - Foto Bernama
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.