awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib hadir beri keterangan di Bukit Aman

Bernama
Bernama
18/10/2019
04:35 MYT
Najib hadir beri keterangan di Bukit Aman
Najib dilihat memasuki Bukit Aman pada kira-kira 11 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan. - Foto Bernama
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan kes kenyataan berbaur fitnah yang dimuat naik di laman sosial Facebook 'Nga Kor Ming Super Fans Page'.
Najib dilihat memasuki Bukit Aman pada kira-kira 11 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan yang Najib akan hadir hari ini bagi memberi keterangan.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebelum ini dilapor menggesa polis menyiasat laman sosial Facebook 'Najib Razak' yang memuat naik hantaran didakwa berbaur fitnah pada 30 Sept lepas.
Najib menerusi perkongsian di Facebook dikatakan menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap Nga berhubung satu kenyataan didakwa berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik melalui satu hantaran di akaun Facebook.
Pada 29 Sept lepas, tular di media sosial mengenai hantaran yang dimuat naik di Facebook 'Nga Kor Ming Super Fans Page' yang didakwa mengajak kaum Cina membuat protes terhadap Sultan Selangor berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi bahasa di Selangor.
Nga bagaimanapun menafikan beliau serta DAP terlibat membuat hantaran itu dan menegaskan akaun tersebut sebagai akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya serta parti itu.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#fitnah
#Huzir Mohamed
#laman sosial
#Najib Razak
#Nga Kor Ming
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan