KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, sistem Perlembagaan Persekutuan memperakui kewujudan Lembaga Pengampunan, dan ia boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tiga perkara – pengampunan penuh, penundaan hukuman, atau melegakan (mengurangkan hukuman).
Katanya lagi, proses pengampunan yang berjalan sebelum ini tidak semestinya hanya melibatkan figura politik atau pemimpin semata-mata, tetapi juga melibatkan rakyat biasa.
“Pengampunan ada dua, sama ada pengampunan kepada sabitan, dan satu lagi berkaitan hukuman. Kalau sabitan, yang saya faham dalam kenyataan media yang saya baca ini, pengampunan ini bukan bersifat mengampunkan daripada segi conviction atau sabitan, sabitan tetap ada, cuma hukuman dikurangkan.
“Ada contoh macam sabitan itu juga diampunkan. Seolah-olah tidak ada sabitan. Itu full pardon atau free pardon.
“Dalam kes Datuk Seri Najib, ia melibatkan pengurangan dari segi jumlah hukuman. Secara umum, pertama Lembaga ini bukan bentuk mahkamah. Walaupun mahkamah nyatakan orang itu bersalah, tapi Lembaga wujud untuk memberikan rahmat atau belas kasihan,” katanya lagi.
Lembaga Pengampunan pada Jumaat memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Namun Lembaga berkata, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi bekas Perdana Menteri itu ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Dalam pada itu, Shamrahayu berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh terhadap proses pengampunan, dan biasanya keputusan dilakukan selepas Baginda menimbang kesemua faktor berkaitan, termasuk tahap kesihatan, dan jasa bakti terhadap negara.
“Pada saya, dalam hal sesiapa sekali pun, apabila proses dibenarkan oleh undang-undang, maka angkatlah kedaulatan undang-undang. Soal adil tak adil, kita lihat dalam kes 2023, keputusan pada Mahkamah Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Khairul azam, diputuskan ia adalah budi bicara YDPA setelah menimbang nasihat pelbagai pihak, terutamanya Peguam Negara.
“Tak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah. Jadi pada saya dalam hal berkaitan dengan keputusan Lembaga Persekutuan ini, kita secara keseluruhan menerima peranan yang ditetapkan undang-undang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Feb 02 2024
Lembaga Pengampunan pada Jumaat memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Faridah pergi dalam keadaan baik, kami reda - Keluarga
Keluarga Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam, reda sambil menyifatkan arwah pergi dalam keadaan yang sangat baik.
Dua gol Penang FC batal, akur seri 0-0 dengan Terengganu
Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super.
Regu Malaysia mudah tempah tiket ke suku akhir
Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0.
Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini - PM Anwar
Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di Parlimen bulan ini.
Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, cadangan itu diluluskan selepas beliau membentangkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Taraf, kedudukan bahasa Melayu di negara ini lebih tinggi daripada bahasa lain - Ahli akademik
Ahli politik perlu menjadi teladan menggunakan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu libatkan negeri, ulama dan ahli akademik - PM
Tegas Anwar, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini digunakan untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor
Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.
Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - Sultan Selangor
Baginda bertitah, terdapat ulasan yang berdasarkan polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.