awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib: Keputusan PRU terletak di tangan rakyat

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2013
22:41 MYT
Najib: Keputusan PRU terletak di tangan rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, amalan sistem demokrasi berparlimen akan memastikan semua keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti adalah terletak di tangan rakyat. Ujar beliau, ia sekaligus menuntut pembangkang untuk menghormati keputusan rakyat dan tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada PRU nanti. Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kebangkitan arab spring perlu dilakukan rakyat sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian. Ujar Najib, jika pembangkang tidak menghormati undang-undang, ia akan mewujudkan satu keadaan yang memberi kesan buruk kepada negara. “Beliau berkata bahawa tidak percaya pada demokrasi, beliau tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat. Jika beliau mahu membuat huru-hara, kita ada undang-undang dalam negara kita," Najib berkata. Beliau bagaimanapun yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih. Dalam pada itu, Najib menyifatkan pembangkang sengaja mempolitikkan sambutan Tahun Baru Cina BN yang akan diadakan di Pulau Pinang. Ujarnya, pembangkang sengaja mahu merosakkan majlis berkenaan dengan mempergunakan isu jemputan penyanyi Korea, Psy ke sambutan berkenaan. Pada masa sama, Najib menafikan kenyataan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap perkauman apabila menyifatkan seruan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya orang ramai memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning pada sambutan itu sebagai kerja bodoh.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
#Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan