Kerajaan akan terus membela dan mempertahankan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun diperlekehkan pihak tertentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tuduhan yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara merupakan satu pengkhianatan kepada pasukan keselamatan.

Jelasnya rakyat juga sebenarnya bertanggungjawab untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Tambahnya kerajaan akan terus berusaha memastikan kebajikan anggota tentera dari segi latihan, logistik serta keperluan ATM akan dipertingkatkan.

Ia bagi memastikan pasukan keselamatan negara mampu menangani pelbagai ancaman dalam dan luar negara.