Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Dialog Perkongsian Bestari Global di Dar Es Salaam, Republik Bersatu Tanzania bermula esok.
Kenyataan Kementerian Luar hari ini menyebut Perdana Menteri akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, para pegawai Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
Kehadiran Malaysia pada dialog empat hari yang bertema 'Memanfaatkan Teknologi bagi Transformasi Sosioekonomi Afrika' menunjukkan komitmen negara bagi menangani isu antarabangsa terutamanya isu penting kepada benua Afrika.
Malah, kehadiran Najib juga akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Afrika, selain meningkatkan hubungan dua hala dengan Tanzania.
Pameran 'Teknologi, Produk dan Perkhidmatan Malaysia' melibatkan penyertaan 28 agensi kerajaan dan swasta juga akan diadakan sebagai acara sampingan semasa dialog itu berlangsung, kata Kementerian Luar.
Dialog Perkongsian Bestari Global dilancarkan pada 1995 semasa Malaysia menjadi hos Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).
Dialog itu merupakan platform untuk Perkongsian Pintar termasuk ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains, ahli akademik dan ketua pelajar untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana STI boleh digunakan untuk membawa
transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.
Sepanjang 18 tahun, penganjuran dialog itu bersilih ganti antara Malaysia dan negara di Afrika dengan dialog terakhir di Afrika diadakan di Uganda pada 2009 dan LID pada 2011 di Putrajaya.
Dialog kali ini dianjurkan bersama Commonwealth Partnership for Technology Management (CPTM) London.
Bernama
Thu Jun 27 2013

AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Kekalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia walaupun berlaku perubahan kerajaan - Idris Jala
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sedia ada perlu dikekalkan walaupun berlaku perubahan pentadbiran kerajaan dan pemimpin negara.

Ini 5 rahsia Idris Jala jayakan transformasi Malaysia Airlines suatu ketika dahulu!
Malaysia Airlines melantik Datuk Seri Idris Jala, mengemudi syarikat penerbangan nasional itu pada 2005 untuk kembali ke trajektori tepat.

Nyah senarai syarikat yang gagal penuhi kuota wanita - Idris Jala
Cadangan itu boleh dipakai sebagai langkah terakhir bagi memenuhi kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah syarikat tersenarai.

Kemelut FGV: Idris mula kumpul maklumat dan bukti
Dalam satu kenyataan media, Idris berharap semua pihak memahami keengganannya mengulas lanjut mengenai kemelut dalam FGV buat masa sekarang.

Pelantikan Idris Jala tangani kemelut FGV pilihan tepat - Mohd Puad
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Idris merupakan individu paling layak dipilih oleh kerajaan untuk bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi pihak lain.

Rombakan Kabinet minggu ini?
Rombakan itu sudah dijangka susulan beberapa perkembangan kebelakangan ini.

1,621 graduan terima ijazah di Konvokesyen ke-11 Taylor's University
Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata setiap graduan telah menunjukkan potensi dan pencapaian yang cemerlang semasa di universiti.

Kepelbagaian dan inklusiviti menjadi faktor kemenangan
Maybank, IBM, IHS, Shell dan KPMG meraih anugerah di 'Life at Work Awards 2015' bagi mempraktikkan amalan kepelbagaian di tempat kerja.

Najib ucap terima kasih kepada Idris Jala atas sumbangan, khidmat dalam kabinet
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala atas sumbangan dan perkhidmatan beliau dalam kabinet.

PM umum penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik
JKNMPP akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang akan dilaksanakan sebelum PRU-14.