Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa melancarkan Bank of China sebagai bank penjelasan renminbi di Kuala Lumpur bagi memudah dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan di negara ini.
Malaysia adalah negara kedua selepas Singapura dalam Asean menubuhkan bank penjelasan renminbi dengan China.
Najib berkata, penubuhan bank penjelasan renminbi itu adalah hasil perbincangan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping Mei lepas.
"Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam hubungan dua hala di antara Malaysia dan China dan kerjasama ini akan memudahkan lebih banyak dagangan dalam renminbi dan meningkatkan status Malaysia sebagai hab kewangan Asean," katanya.
Menurut Najib, Bank of China, kini bank ketujuh terbesar di dunia di segi saiz aset, akan menawarkan Malaysia akses langsung kepada pasaran kewangan China dan sumber untuk memperoleh serta melabur lebihan dana renminbi pada kadar kompetitif.
"Bank penjelasan baharu ini adalah satu inisiatif kewangan penting yang akan meningkatkan lagi hubungan kita. Ia akan menyokong peningkatan hubungan dua hala dan pelaburan, menggalak penggunaan mata wang tempatan dan membawa faedah bersama untuk setiap orang di rantau ini," katanya.
Mengulas lebih lanjut, perdana menteri berkata, bank penjelasan itu akan mengurangkan risiko kecairan, menggalakkan pertumbuhan perkhidmatan kewangan premium di kedua-dua negara serta menggalakkan lagi pemudahan perdagangan dan pelaburan.
"Ketika ini pertukaran asing renminbi berada pada RMB3.5 bilion sehari. Ia semakin diiktiraf sebagai mata wang penyelesaian perdagangan global utama. Penubuhan bank penjelasan ini memang tepat pada masanya," katanya.
Sebelum perjanjian itu, pertukaran ringgit kepada yuan perlu terlebih dulu ditukar kepada dolar AS dan kemudiannya kepada yuan, juga dikenali sebagai renminbi atau RMB.
Dengan adanya bank penjelasan itu di Malaysia, ringgit secara terus boleh ditukar kepada yuan dan dengan itu mengurangkan kos transaksi.
Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini, kata Najib, mata wang yang stabil dan diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah penting untuk memudah dan meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan dalam usaha mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean.
"Berikutan Asean adalah satu daripada rakan kongsi perdagangan terbesar China, renminbi mempunyai peranan penting untuk dimainkan dan kita menjangka Malaysia akan menjadi pusat penjelasan luar pesisir utama Renminbi bagi memudahkan penyelesaian perdagangan langsung di rantau ini.
"Ini akan mengurangkan kos transaksi secara drastik dan memanfaatkan China dan Asean," katanya.
Mengenai hubungan bersejarah Malaysia-China, Perdana Menteri berkata, kerjasama perdagangan terus meningkat dalam projek dilaksanakan China di negara ini, termasuk penubuhan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China.
Tahun lepas, pelaburan langsung asing dari China dalam sektor pengeluaran di Malaysia berjumlah RM4.8 bilion.
Rumah penjelasan renminbi itu adalah yang terbaru dalam beberapa tindakan yang dilaksanakan kedua-dua negara bagi meningkatkan perdagangan yang berkembang lebih 10 kali ganda sejak 2000 dan melepasi AS$100 bilion (RM332.85 bilion) pada 2013.
China adalah rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia dan Malaysia adalah rakan kongsi terbesar China dalam Asean.
Pada Mei tahun lepas, semasa ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara, Malaysia dan China bersetuju bekerjasama ke arah mencapai sasaran perdagangan dua hala berjumlah AS$160 bilion (RM532.56 bilion) menjelang 2017.
Bernama
Tue Apr 14 2015
Najib berkata, penubuhan bank penjelasan renminbi itu adalah hasil perbincangan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping Mei lepas. - Foto Bernama
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
BNM kenakan penalti RM88,000 ke atas BOCM
BOCM sehubungan itu telah membayar RM88,000 bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 2 Ogos, 2024.
Najib lancar Bank of China sebagai bank penjelasan renminbi
Datuk Seri Najib Razak pada Selasa melancarkan Bank of China sebagai bank penjelasan renminbi.