Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mencontohi semangat kental orang Korea yang berjaya memajukan negara Korea Selatan melalui naluri kelangsungan hidup yang kuat untuk berjaya.
Beliau berkata naluri kelangsungan hidup itu mendorong orang Korea untuk berjaya, ditambah dengan usaha yang benar-benar fokus, menjadikan Korea Selatan dan orang Korea maju sehingga Korea Selatan menjadi sebuah kuasa ekonomi pada masa ini.
"Kita lihat naluri kelangsungan hidup orang Korea amat kuat sekali, ditanam sejak mereka kecil.
"Sebagai sebuah negara tak ada sumber, iklim yang sejuk, sudah tentu kalau mereka tak dapat cari sumber kekayaan dengan guna akal fikiran dan seluruh pancaindera mereka, sudah tentu mereka jadi mangsa persekitaran yang begitu 'hostile' kepada mereka," katanya semasa berucap pada majlis jamuan bersama rakyat Malaysia di Korea Selatan di sini malam tadi.
Jamuan malam itu dihoskan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib yang tiba di sini petang Selasa sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan.
Ketika menceritakan rahsia kejayaan Korea, Perdana Menteri berkata selepas perang Korea dari tahun 1950 hingga 1953, Korea Selatan adalah antara negara termiskin dunia dengan pendapatan per kapita pada masa itu hanya AS$67.
Namun, katanya, dalam masa singkat, mereka telah melakukan transformasi yang begitu ketara sehingga pada hari ini menjadi kuasa ekonomi yang semakin disegani.
"Sudah tentu model kejayaan Korea adalah satu daripada kejayaan yang menjadi inspirasi bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia pada keseluruhannya," katanya.
Disiplin ketat yang ditanam dalam jiwa orang Korea sejak kecil turut menjadikan sebahagian daripada orang Korea juara dunia termasuk dalam sukan golf.
Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan meneruskan Dasar Pandang ke Timur gelombang kedua dengan menghantar pelajar ke negara Korea, bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga untuk mempelajari budaya hidup dan nilai positif orang Korea untuk memajukan negara.
"Bukan sahaja untuk ilmu, kerana anda boleh menimba ilmu di mana-mana sahaja di dunia, tetapi kami mahu anda mempunyai komitmen, mempunyai semangat untuk berjaya mengatasi apa jua rintangan, inilah yang kami harap anda dapat pelajari semasa berada di Korea.
"Saya harap semangat inilah yang akan menggerakkan kita ke hadapan memandangkan sebagai sebuah negara, kami juga mahu merubah Malaysia. Kami mahu Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya, dan (untuk ini) tiada jalan mudah. Maksud saya dunia hari ini sangat kompetitif dan anda perlu menjadi yang terbaik antara yang terbaik," katanya.
Pada masa yang sama Najib turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak lupa dengan semangat bangga menjadi rakyat Malaysia sebagaimana orang Korea berbangga sebagai orang Korea.
Perdana Menteri turut berharap rakyat Malaysia akan bersedia untuk bertugas dalam waktu kerja yang panjang seperti masyarakat Korea yang bekerja purata 2,256 jam setahun, lebih tinggi daripada purata 1,739 jam Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.
Pada acara jamuan malam itu, rakyat Malaysia turut meraikan ulang tahun kelahiran Rosmah yang jatuh pada hari Rabu, 10 Dis.
Bernama
Wed Dec 10 2014
Datin Seri Rosmah Mansor bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek bersama sempena Hari Jadi Datin Seri Rosmah Mansor hari ini pada majlis makan malam bersama para pelajar Malaysia di Seoul, malam tadi.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kisah arak dari Korea yang diperbuat daripada najis budak
KITA sering mendengar tentang arak yang diperbuat daripada buah-buahan atau tanaman bijirin seperti buah anggur, gandum dan juga beras.
AS, Jepun, Korea Selatan setuju tingkat kerjasama keselamatan, ekonomi
Ketiga-tiga pemimpin sepakat meningkatkan hubungan keselamatan dan ekonomi dalam sidang kemuncak tiga negara di Camp David.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 April 2022.