awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Jepun, Korea Selatan setuju tingkat kerjasama keselamatan, ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2023
02:40 MYT
AS, Jepun, Korea Selatan setuju tingkat kerjasama keselamatan, ekonomi
Biden, Kishida dan Suk Yeol hadir bagi mengadakan sidang media bersama sempena sidang kemuncak tiga negara di Camp David, dekat Thurmont, Maryland, Amerika Syarikat, 18 Ogos 2023. - REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta pemimpin Jepun dan Korea Selatan bersetuju meningkatkan kerjasama keselamatan dan ekonomi.
Persetujuan ini dicapai menerusi sidang kemuncak tiga negara yang berlangsung di Camp David, Maryland, pada Jumaat.
Persetujuan ini diumum Biden pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol.
Pertemuan dan persetujuan ini dicapai ketika wujud ketegangan dalam hubungan ketiga-tiga negara dengan China dan Korea Utara.
Menurut Biden, ketiga-tiga negara akan mewujudkan talian komunikasi untuk berbincang mengenai tindak balas terhadap ancaman.
Kerjasama trilateral ini, katanya, akan kekal mempromosi keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Di bawah perjanjian ini, Amerika, Jepun dan Korea Selatan setuju berunding, berkongsi maklumat dan menyelaraskan tindakan sekiranya berlaku ancaman.
AS, Jepun & Korea Selatan setuju tingkat kerjasama keselamatan & ekonomi
Fokus sidang ini adalah untuk mewujudkan pakatan dengan dua negara sekutu rapat bagi meningkatkan kerjasama keselamatan dan ekonomi.
Jepun dan Korea Selatan disifatkan mempunyai sejarah perseteruan panjang pasca Perang Dunia Kedua.
Bagaimanapun, di bawah pentadbiran Suk Yeol dan Kishida, kedua-dua negara memulakan pendekatan baharu untuk berdepan cabaran keselamatan.
Dalam pada itu, Beijing melihat ikrar terbaharu Washington, Tokyo dan Seoul ini sebagai langkah pertama ke arah pakatan mirip Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Pasifik.
Amerika menjangkakan Korea Utara akan bertindak dengan melancarkan lebih banyak ujian peluru berpandu balistik.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Jepun
#Korea
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan