ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Ogos 2022.

1. Banjir terburuk di Seoul dalam tempoh 80 tahun, sekurang-kurangnya lapan terkorban

Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan maut manakala enam lagi masih hilang di Seoul, Korea Selatan selepas bandar raya itu dilanda ribut dan hujan lebat, disifatkan yang terburuk dalam tempoh 80 tahun.

2. Bintang Grease, Olivia Newton-John meninggal dunia akibat kanser

Penyanyi dan pelakon, Olivia Newton-John dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun pada Isnin.

3. Rusia tangguh pemeriksaan AS terhadap tapak senjata nuklearnya di bawah New START

Rusia memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) pada Isnin bahawa ia menangguhkan sementara pemeriksaan AS ke atas tapak senjata nuklearnya di bawah Perjanjian 2010 mengenai Langkah-Langkah Pengurangan Lanjut dan Had Penggunaan Senjata Strategik (New START).

4. Biden salur bantuan senjata terbesar ke Ukraine

Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Isnin mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine tercetus.

5. Perang Gaza | PBB alu-alukan gencatan senjata Hamas dan Zionis

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata di Gaza berikutan pertempuran semula antara Israel dan Palestin.

6. Menteri Pertahanan Pakistan bidas kenyataan Menteri Britain tentang Palestin

Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif membidas kenyataan pro-Israel Setiausaha Luar Britain, Liz Truss.

7. Seorang maut, 125 cedera kebakaran fasiliti penyimpan minyak

Sekurang-kurangnya seorang disahkan maut manakala 125 lagi cedera dalam kebakaran di kemudahan penyimpan minyak di barat Cuba, pada Isnin.

8. Guna dron bawah air selamatkan 10 pelombong terperangkap

Pasukan penyelamat akan menggunakan dron bawah air sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelamatkan 10 pekerja setelah mereka terperangkap selama lima hari dalam lombong arang batu bawah tanah yang ditenggelami air di utara Mexico sejak Rabu lalu, kata pihak berkuasa pada Isnin.

9. Mar-A-Lago, kediaman mewah Donald Trump diserbu ejen FBI

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menyerbu kediaman bekas Presiden, Donald Trump di Mar-A-Lago, dekat Palm Beach, Florida.

10. Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser

Pereka fesyen warga Jepun, Issey Miyake yang terkenal dengan rekaan pakaian berlisu, meninggal dunia pada usia 84 tahun.