ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 April 2022.

1. Pemimpin Korea Utara, Korea Selatan bertukar nota perpisahan

Pejabat Presiden Korea Selatan Moon Jae In pada Jumaat mengesahkan pertukaran nota perpisahan antara Moon dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

2. Abbas minta AS campur tangan hentikan tindakan Israel di wilayah Palestin

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pentadbirannya campur tangan menghentikan tindakan Israel di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur, lapor Xinhua.

3. COVID-19: Peru capai 80 peratus vaksinasi, mansuh pemakaian pelitup muka

Kerajaan Peru mengumumkan penggunaan pelitup muka di tempat awam tidak lagi diwajibkan di negara itu.

4. Imran Khan tuntut pilihan raya baharu, rancang perhimpunan besar

Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis malam menuntut pilihan raya baharu diadakan ketika berucap pada perhimpunan besar di tapak bersejarah di Lahore.

5. Baru sebulan dilancar, perkhidmatan CNN Plus ditamatkan 30 April ini

Perkhidmatan CNN+ akan ditamatkan pada penghujung bulan ini hanya selepas sebulan dilancarkan.

6. Mike Tyson belasah 'peminat' dalam pesawat selepas diganggu

Mike Tyson dilapor menumbuk seorang penumpang pesawat ketika dalam penerbangan pada Rabu malam.

7. Krisis Rusia-Ukraine | Dunia berdepan kebuluran susulan perang di Ukraine

Dunia berdepan dengan satu lagi penderitaan susulan perang di Ukraine. Menurut Duta Ireland ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika ini tambahan 47 juta warga dunia berdepan masalah kebuluran berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

8. Pencerobohan | Keganasan di Baitulmaqdis tercetus sekali lagi

Rejim Israel sekali lagi mencetuskan serangan di rumah suci umat Islam, Masjid Al-Aqsa buat kali ketiga dalam tempoh terdekat ini. Pertempuran dilaporkan tercetus selepas polis Israel sekali lagi menyekat kemasukan penduduk Palestin ke masjid bagi memberi ruang buat pendatang Yahudi ke perkarangan itu.

9. Pencerobohan | Israel-Palestin berbalas serangan

Tentera Israel dan Palestin dikatakan berbalas serangan demi serangan dalam minggu ini. Terbaharu, sejak tercetusnya pencerobohan kontroversi melibatkan Masjid Al-Aqsa, tentera Israel melancarkan serangan misil udara pertamanya di semenanjung Gaza.

10. Sekurang-kurangnya 5 maut, 65 cedera dalam letupan masjid di Afghanistan

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.