Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin kepada presidennya Mahmoud Abbas.
Pendirian itu disampaikan oleh Perdana Menteri menerusi panggilan telefon kepada Mahmoud pada pukul 5.55 petang Rabu.
Dalam perbualan selama 10 minit itu, Najib memberitahu Mahmoud bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin sehingga perjuangan mereka berjaya.
"Dalam perbualan itu, saya nyatakan Malaysia merupakan antara negara yang kuat menyokong perjuangan Palestin," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Najib berkata beliau turut menyatakan pendirian tegas Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
"Dalam apa jua keadaan, Malaysia berdiri teguh menyokong perjuangan Palestin sehingga perjuangan mereka selesai," katanya.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib berkata sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin itu tidak hanya datang daripada seluruh umat Islam tetapi juga daripada pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
"Walaupun ada dalam kalangan pemimpin pembangkang yang kata bahawa kita patut mempertahankan hak Israel untuk mempertahankan diri tapi bagi kerajaan pimpinan Barisan Nasional, kita tetap
mengutamakan hak dan kedaulatan rakyat Palestin," katanya.
Beliau turut menyifatkan serangan Israel sebagai respons tidak seimbang kerana bentuk serangan yang disasarkan kepada mangsa secara khusus dengan menggunakan senjata canggih.
Bernama
Thu Jul 17 2014
Najib nyatakan pendirian Malaysia kepada Mahmoud Abbas
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).