awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib pulang ke tanah air selepas sidang kemucak Asean

Bernama
Bernama
21/11/2012
01:33 MYT
Najib pulang ke tanah air selepas sidang kemucak Asean
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pulang ke tanah air malam tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung tiga hari di sini.
Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 7.50 malam (8.50 malam waktu Malaysia).
Lapan Sidang Kemuncak Berkaitan ialah Mesyuarat Pemimpin Asean dengan Majlis Penasihat Pernigaan Asean, Asean-Jepun ke-15, Asean-Republik Korea ke-15, Peringatan Asean Campur Tiga, Asean-India ke-10, Asean-China ke-15 serta Mesyuarat Pemimpin Asean-Amerika Syarikat keempat dan Sidang Kemuncak Asia Timur ketujuh.
Semua sidang kemuncak itu diadakan di Peace Palace di sini yang menempatkan pejabat Perdana Menteri Kemboja.
Di luar sidang itu, Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri China Wen Jiabao, Presiden Myanmar Thien Sein dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.
Najib dan Rosmah turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ayahanda Raja Kemboja Norodom Sihanouk di Royal Palace di sini semalam.
Dalam program berasingan, Rosmah melawat Pusat Yayasan Kanak-Kanak Kemboja di sini pada Ahad dan Sekolah Kanak-Kanak Buta dan Pekak semalam, selain pameran
Persatuan Kraftangan Angkor di Pusat Konvensyen dan Pameran Diamond Island di sini semalam.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Razak
#Sidang Kemuncak Asean ke-21
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan