awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib saran pelabur Jepun tinjau peluang perniagaan

Bernama
Bernama
13/12/2013
06:47 MYT
Najib saran pelabur Jepun tinjau peluang perniagaan
Gambar Fail - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan terus melaksanakan dasar mesra pelaburan dan menyediakan iklim pelaburan yang kondusif.
Sehubungan ini, beliau menggesa agar para pelabur Jepun meninjau peluang pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia.
Beliau berkata antara bidang pelaburan itu ialah dalam industri halal yang kini pesat berkembang, pembangunan Greater Kuala Lumpur dan koridor-koridor ekonomi di wilayah utara dan di Sabah.
Najib berkata demikian dalam ucaptama di majlis perasmian persidangan bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) ke-32 di Hotel Imperial di sini.
Perdana menteri berkata: "Saya mempelawa anda semua untuk menjadi rakan dalam program transformasi kami memandangkan kami kini berusaha ke arah menjadi setaraf negara-negara maju menjelang akhir dekad."
Najib tiba di sini semalam untuk lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun.
Perdana menteri berkata Jepun telah menjadi pelabur langsung asing terbesar Malaysia sejak tahun 1980an. Tahun lepas, pelaburan diluluskan untuk sektor pembuatan sahaja bernilai US$1 bilion, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata syarikat-syarikat Jepun memberikan sumbangan kukuh kepada pembangunan infrastruktur Malaysia terutamanya dalam sektor automotif, tenaga diperbaharui dan teknologi hijau dan bioteknologi.
"Inilah masa yang menarik untuk negara kita bekerjasama mentransformasikan ekonomi kita. Di Malaysia, transformasi kami disokong oleh Model Ekonomi Baru.
"Di Jepun, Abenomics telah menyediakan rangsangan yang diperlukan untuk perubahan," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Jepun
#najib
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan