Datuk Seri Najib Razak hari ini menyertai majlis bacaan doa bersama-sama anggota-anggota keselamatan dan para penduduk Seriab dekat sini untuk memohon agar keadaan keselamatan di Sabah kembali pulih dan anggota-anggota keselamatan yang bertugas di lokasi berbahaya dalam keadaan selamat.
Perdana Menteri yang menamatkan lawatan kerja sehari ke Perlis petang ini singgah di Masjid Seriab untuk solat sunat bersama ratusan penduduk tempatan dan anggota keselamatan dan mengaminkan doa yang dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Ustaz Abdul Malik Husin.
Turut bersama Perdana Menteri di masjid itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron.
Perdana Menteri mengambil masa kira-kira 20 minit di masjid itu sebelum berlepas ke lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Sebelum itu, pada majlis perhimpunan bersama golongan belia bertemakan "1M4U" di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Najib turut mengajak golongan belia yang menghadiri perhimpunan itu menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan yang terkorban.
Pada perhimpunan itu Najib berkata, nilai keamanan perlu dipertahankan dan jasa anggota yang terkorban adalah amat besar kepada pertahanan negara.
Perdana Menteri berada di Perlis sejak pagi bagi lawatan kerja yang padat termasuk menghadiri program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Utama, Kangar, merasmikan kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dan menghadiri perhimpunan bersama golongan belia di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.