awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Najib terharu ahli UMNO akan solidariti di mahkamah Isnin ini'

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2025
11:00 MYT
'Najib terharu ahli UMNO akan solidariti di mahkamah Isnin ini'
Perkongsian gambar dan tangkap layar kenyataan Nazifuddin menerusi Facebook pada Jumaat. - Foto Facebook Nazif Najib.
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan kepada UMNO atas sokongan yang diberikan untuk perhimpunan Solidariti 4 Najib Razak yang akan diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin ini.
Perkara itu disampaikan oleh anaknya yang juga Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Datuk Nazifuddin Najib kepada semua ketua bahagian, ahli-ahli dan penyokong parti itu.
Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Najib mengenai usaha semua pihak termasuk penyediaan bas, kereta dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.
“Saya telah maklumkan kepada ayahanda mengenai usaha ikhlas semua pihak. Beliau amat terharu dan mengucapkan penghargaan yang mendalam kepada setiap seorang daripada anda.
“Kesungguhan ini mencerminkan keutuhan kita sebagai parti dan kesetiaan kita terhadap perjuangan. Insya-Allah dengan doa dan usaha bersama, kita akan melihat kejayaan yang diredhai.
“Mohon teruskan semangat ini dan sahkan kehadiran sebaik mungkin bagi penyelarasan yang lebih lancar. Terima kasih sekali lagi atas komitmen anda semua. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Sebelum ini, dilaporkan Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.
Susulan itu, himpunan terbabit dilakukan sebagai bentuk sokongan daripada ahli UMNO terhadap Najib yang juga bekas presiden parti itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Titah Adendum
#tahanan rumah
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan