Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Pertemuan berlangsung hampir setengah jam itu diadakan berikutan Ismail yang akan bersara wajib pada Jumaat ini.
Ismail, yang lahir pada pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, dilantik sebagai KPN yang kesembilan pada 13 Sept 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
Sementara itu, Ismail mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberi peluang kepadanya menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih dua tahun.
Beliau berkata pertemuan itu juga membincangkan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan polis selain berkongsi pandangan berhubung soal keselamatan negara yang semakin mencabar dengan perdana menteri.
"Kami setuju cabaran-cabaran keselamatan pada masa akan datang tetap ada dan PDRM kena terus meningkatkan keselamatan orang ramai dan negara," katanya kepada pemberita selepas berjumpa Najib.
Menyifatkan tugas yang diberikan sebagai mencabar, Ismail berkata beliau telah melaksanakan amanah sebagai Ketua Polis Negara dengan baik.
Beliau berkata kehendak masyarakat sentiasa diutamakan dan PDRM sentiasa memantau aktiviti yang boleh menggugat keamanan negara, termasuk perhimpunan haram.
"Saya sudah berbincang dengan timbalan saya straregi-strategi yang dikenal pasti dan saya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia percayailah PDRM mampu untuk menangani apa jua bentuk cabaran terhadap keselamatan negara. Kita mempunyai kekuatan yang kukuh dan kepakaran untuk menghadapi apa jua situasi yang mengancam keselamatan negara.
"PDRM boleh menangani masalah dan cabaran yang bakal dihadapi. Saya yakin pengganti saya, timbalan ketua polis negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) seorang yang berkebolehan untuk mengambil tindakan yang sesuai," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ismail mengingatkan agar demonstrasi jalanan tidak harus dijadikan sebagai cara hidup masyarakat di negara ini.
"Amalan demokrasi kita dah 50 tahun lebih, sistem yang kita laksanakan dan platform-platform yang sah ditubuhkan, kenapa kita nak perkecilkan? Menuduh polis yang bukan-bukan, ini bukan sifat mulia dan positif.
"Mereka yang meneruskan dan melanggar peruntukan undang-undang, kita akan bersikap tegas. Kita dah tahu apa nak buat, tunggu sajalah. Kita ada cara dan strategi kita bekerja," katanya.
Bernama
Tue May 14 2013
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
KPN Khalid bersara wajib September ini
Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar.
Polis: Proses pembuangan undi lancar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu keadaan keseluruhan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berada dalam keadaan baik.
Polis pantau Facebook kaitkan polis dengan pengundi 'hantu'
Polis sedang memantau satu akaun laman sosial Facebook (FB) yang didapati mengaitkan Polis Diraja Malaysia dengan isu pengundi 'hantu'.
Bekas tahanan ISA ditangkap akta baru
Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Yazid Sufaat, telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas.