awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
Seorang kanak-kanak maut, tujuh cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Belara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tiba di Gaza, Perdana Menteri M'sia pertama lawat Palestin

Bernama
Bernama
22/01/2013
10:33 MYT
Najib tiba di Gaza, Perdana Menteri M'sia pertama lawat Palestin
Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.
Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia).
Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.
Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.
Najib juga memeriksa barisan kehormatan Pasukan Polis Palestin.
Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.
Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.
Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.
Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.
Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Ismail Haniyeh
#najib
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan