awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tiba di Penjara Kajang

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
23/08/2022
11:11 MYT
Najib tiba di Penjara Kajang
Najib Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya sekitar pukul 5.40 petang menuju Kajang. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dibawa masuk ke Penjara Kajang dengan diiringi pasukan polis sekitar pukul 6.47 petang tadi bagi proses pendaftaran sebelum menjalani hukuman.
Beliau yang dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Santa Fe berwarna hitam tiba di penjara yang terletak di Sungai Jelok, Kajang itu.
Terdahulu, Najib dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya sekitar pukul 5.40 petang.
Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak keluar di pintu yang mana lebih 100 penyokong berkumpul, sebaliknya, menggunakan pintu lain, di seberang tempat penyokong beliau berkumpul.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Hanya kenderaan membawa keluarga beliau termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar di pintu berhampiran parkir pelawat dan kakitangan Istana Kehakiman.
Pada awalnya, pihak media dilaporkan memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menantikan konvoi yang membawa Najib dari Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.
Bagaimanapun, pada pukul 5.15 petang, maklumat menyatakan Najib akan dibawa ke Penjara Kajang.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Najib Razak
#Mahkamah Persekutuan
#Penjara Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan