awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi

Bernama
Bernama
12/10/2023
11:48 MYT
Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB - Saksi
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menutup satu akaun miliknya di Ambank selepas memindahkan lebih RM162 juta iaitu wang haram hasil daripada dana 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL) ke dalam akaun baharunya.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, 47, berkata wang dari akaun yang berakhir dengan nombor 694 itu dipindahkan ke akaun yang berakhir dengan nombor 880 di bank sama melalui dua transaksi masing-masing RM150,000,000 dan RM12,436,711.87 pada 27 dan 30 Ogos 2013.
"Baki terakhir selepas transaksi ini adalah RM0.00. Akaun lamanya (694) ditutup pada tarikh yang sama iaitu pada 30 Ogos," katanya.
Saksi pendakwaan ke-48 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.
Sementara itu, Foo berkata hasil siasatannya mendapati sejumlah RM2,034,350,000 telah dikembalikan semula kepada Tanore Finance Corporation di Singapura menerusi lima transaksi antara 2 Ogos dan 23 Ogos 2013.
"Merujuk kepada hasil siasatan, FIFO dan dokumen sokongan, terdapat pemindahan keluar wang haram hasil daripada 1MDB peringkat Tanore yang diterima oleh Datuk Seri Najib ke luar negara (akaun Tanore di Falcon Private Bank Limited) menerusi lima transaksi.
"Pemindahan itu susulan surat arahan Datuk Seri Najib bertarikh 30 Julai 2013 dan 21 Ogos 2013 dan pihak Ambank telah melaksanakan pemindahan dana sebanyak RM2,034,350,000 daripada akaun 694 kepada Tanore bersamaan dengan US$620,000,000," kata saksi itu.
Foo berkata tujuan surat-surat tersebut adalah untuk memberi arahan kepada pihak Ambank supaya meneruskan transaksi pertukaran wang asing untuk kadar yang dipersetujui bagi nilai US$620,000,000.
"Kesemua lima transaksi dimasukkan ke JP Morgan Chase Bank untuk dikreditkan ke dalam akaun Tanore di Falcon Private Bank Limited, Singapura," katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes 1MDB
#Najib Razak
#tutup akaun
#1MDB Global Investment Limited
#ambank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan