Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 April 2026.
 

1. Grasshopper Cup: Sivasangari tewaskan Amina untuk layak ke perlawanan akhir

Advertisement

Pemain ranking keenam dunia dan pilihan ketiga kejohanan itu, memaksa pemain pilihan utama tersebut bekerja keras dalam aksi sengit selama 81 minit di Zurich Main Station.
 

2. DAP ulangi komitmen junjung institusi diraja, pertahan hak ADUN suarakan pandangan

Pendirian itu sentiasa menjadi pegangan parti dalam memastikan keharmonian antara institusi diraja dan sistem pentadbiran negara terpelihara.
 

3. Pendidikan tuntas lahir generasi muda berdaya saing tinggi - PM Anwar

Pendidikan yang tuntas dan holistik boleh melahirkan generasi muda berdaya saing tinggi, bukan sahaja di peringkat nasional malah mampu menembusi pentas antarabangsa.
 

4. Polis daftar suspek isu azan di Ampang dalam pekeliling khas, dihalang ke luar negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendaftarkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam isu petisyen azan di Ampang, ke dalam senarai pekeliling khas bagi menghalang individu berkenaan meloloskan diri ke luar negara.
 

5. Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, jangan lagi dipolitikkan - Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berharap pengambilan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi dipolitikkan sehingga menjejaskan matlamat sebenar kemasukan pelajar.
 

6. Sultan Selangor perkenan temasya SUKMA 2026 diteruskan secara berhemat - KBS

Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 oleh Negeri Selangor akan diteruskan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 
 

7. Jemaah haji diingat tidak rujuk aplikasi AI umum, guna e‑TAIB elak kekeliruan hukum 

Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak merujuk persoalan ibadah kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI) umum, sebaliknya menggunakan platform rasmi e‑TAIB yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi mengelakkan kekeliruan hukum akibat perbezaan pandangan mazhab.
 

8. Renjatan elektrik: Mahkamah Tinggi tolak saman bapa terhadap UUM berhubung kematian anak 

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman kecuaian berjumlah lebih RM3 juta yang difailkan seorang bapa terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kematian anaknya yang didakwa akibat renjatan elektrik di asrama pelajar universiti itu, empat tahun lepas.
 

9. Azizulhasni gagah atasi keletihan untuk naik podium pecut di Nilai 

Kekurangan rehat dan gagal melelapkan mata tidak menghalang jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat gangsa pecut individu lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional, Nilai
 

10. Malaysia perlu perkukuh daya tahan dalam hadapi krisis global - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu memperkukuh daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi susulan peningkatan kos global serta gangguan rantaian bekalan.
 

 

Must Watch Video