Skip to main content

Malaysia

Najib ucap takziah kepada keluarga Dalton, Brunger

81407326474_295x200.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada warga yang mati ditikam di Kuching, Sarawak pada Rabu.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan warga Britain, Neil Dalton dan Aidan Brunger. Mereka yang bertanggungjawab bagi kematian mereka mesti dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam catatan terbaru Twitter beliau lewat malam tadi.




Kedua-dua pelajar perubatan itu dipercayai mati ditikam selepas mereka terbabit dalam pertengkaran dengan empat penduduk setempat di sebuah kafe dekat hotel penginapan mereka pada kira-kira 4 pagi.

Dalton, 23, dan Brunger, 22, sedang mengikuti program pertukaran pelajar dan menjalani amali di sebuah hospital di Kuching, dan kedua-dua mereka sepatutnya menamatkan latihan selama tiga bulan itu Jumaat.

Advertisement

Must Watch Video