awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ucap takziah pemergian isteri Adun Paloh

Bernama
Bernama
18/04/2014
06:06 MYT
Najib ucap takziah pemergian isteri Adun Paloh
Anak perempuan Adun Paloh (kiri) menunggu di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). -Foto BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Datuk Norzula Mat Diah atas kematian isterinya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan jalan raya semalam.
Perdana menteri turut mendoakan Norzula segera sembuh dan tabah dalam menghadapi dugaan itu.
"Takziah kepada YB ADUN Paloh Datuk Paduka Nozula Mat Diah atas pemergian isteri. Semoga cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan ini," katanya dalam catatan di laman Twitter.
Takziah kepada YB ADUN Paloh Datuk Paduka Nozula Mat Diah atas pemergian isteri. Semoga cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan ini.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 18, 2014
Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Km23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai apabila kenderaan yang dipandu anak perempuan pasangan itu terbabas akibat jalan licin dan merempuh tebing bukit sebelum jatuh ke dalam longkang dalam kejadian 6.30 petang semalam.
Selain Norzula dan anak perempuannya, dua lagi anak pasangan itu serta seorang anak saudara berumur setahun lapan bulan yang turut berada dalam kenderaan itu, juga selamat.
Mereka dalam perjalanan dari Kelantan ke Ipoh ketika kemalangan itu berlaku.
Topic Berkaitan
#ADUN Paloh
#isteri
#kemalangan
#kematian
#Najib Razak
#Norzula Mat Diah
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan