Selebriti yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin tidak dapat menyembunyikan kemarahannya berikutan isu pemburu daging dan cengkerang penyu yang dikupas Astro AWANI baru-baru ini.
Ketika dihubungi, Maya menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu dan tidak menunggu sehingga haiwan-haiwan yang dilindungi itu pupus terus di muka bumi.
“Saya tak tahu nak jawab apa. Geleng kepala saja. Saya mahu kerajaan dan Kementerian Pendidikan ambil serius perkara ini.
“Nak tunggu sampai bila, takkan nak tunggu sehingga semua pupus baru nak ambil serius perkara ini,” tegasnya.
Katanya, apa yang perlu diutamakan adalah pendidikan mengenai kepentingan melindungi haiwan terancam harus diterapkan sejak di bangku sekolah lagi.
“Kokurikulum di sekolah perlu mula mengajar mengenai sivik, tentang alam sekitar, beg plastik, sungai dan sebagainya. Itu semua perlu bermula di sekolah.
"Kalau tidak, kita tidak akan ke mana-manalah. Tak ada perasaan buang sampah. Tak ada perasaan bunuh haiwan. Sebab, kita tak peduli,” katanya.
BACA: Jangan buru daging penyu! - Assaffal
Maya turut menambah orang awam boleh membantu memberikan maklumat kepada pihak penguatkuasaan supaya penyiasatan yang baik dapat dilakukan, agar mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak sewenang-wenangnya mengorbankan haiwan-haiwan terancam yang berada di Malaysia untuk pasaran di China.
Astro AWANI sejak Khamis mengutarakan isu peningkatan kes pembunuhan penyu di Sabah di atas permintaan tinggi terhadap daging penyu.
Daging penyu ini didagangkan ke China sebagai hidangan eksotik.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak menyokong pasaran makanan eksotik dari spesies haiwan terancam dan tidak memakan atau membeli telur penyu.
Ini kerana apabila kurangnya permintaan, bekalan dan pasaran lama-lama dapat dihentikan.
BACA: Siapa kata daging penyu boleh tingkatkan tenaga batin?
Azyyati Ahmad
Sat Jan 12 2019
Maya berkata, pendidikan mengenai kepentingan melindungi haiwan terancam perlu diterapkan sejak di bangku sekolah lagi.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
KPM tempatkan 13,749 guru baharu di seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama SPP.
Kekurangan guru: KPM tawar 100 peratus kuota pengambilan kepada calon PSIMP
KPM melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP).
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember 2024
Permohonan fasa satu pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.
Murid stres bukan sebab UPSR tapi sikap sekolah, ibu bapa kejar gred A - Dr Anuar Ahmad
Anuar berkata, emosi anak-anak terganggu berpunca daripada sikap segelintir pihak sekolah dan ibu bapa yang terlalu mengejar pencapaian.