Skip to main content

Dunia

Juara ACLE bakal dihukum AFC

Pemain Al Ahli Edouard Mendy memegang trofi sambil meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas memenangi perlawanan akhir ACLE antara Al Ahli dan Machida Zelvia di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi, 25 April 2026. REUTERS

Advertisement

JUARA dua kali berturut-turut Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Al-Ahli, berpotensi didenda oleh badan induk Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan perbuatan salah laku daripada peminat mengenai insiden kad merah yang dilayangkan kepada Osama Hawsawi.

Para penyokong mula membaling botol ke arah padang berhampiran pemain dan pengadil terlibat akibat tidak berpuas hati dengan keputusan layangan kad merah itu.

Hawsawi yang menanduk muka tonggak Machida Zelvia kemudiannya diarahkan keluar daripada permainan menyebabkan tuan rumah terpaksa beraksi 10 pemain, namun tetap berjaya menjuarai kejohanan itu buat kali kedua.

Pada musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) juga dihukum ekoran perbuatan sama ketika pertemuan menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Wakil Malaysia itu didenda sebanyak RM103,000 oleh AFC.

Must Watch Video

Advertisement