awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama Muhammad Adib kini diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2018
12:54 MYT
Nama Muhammad Adib kini diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes
Muhammad Adib, 24, cedera parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian di sebuah kuil, 27 November lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis. - Foto Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Nama Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang meninggal dunia pada Isnin lalu kini diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes, Kuala Kubu Bharu.
Memetik laporan Sinar Harian, tugu yang terletak di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah itu mengabadikan senarai anggota seluruh negara yang terkorban ketika berkhidmat.
Komandan ABPM Wilayah Tengah, Md Ali Ismail berkata tugu peringatan itu merekodkan nama 23 anggota bomba yang terkorban ketika bertugas di seluruh negara sejak 1993.
"Allahyarham Muhammad Adib adalah yang ke-24 selepas enam anggota terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Puchong pada 3 Oktober lalu.
"Tugu peringatan ini juga dibuka untuk kunjungan orang ramai sebagai tanda ingatan dan menghargai pengorbanan anggota bomba terbabit," katanya.
 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Foto Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Grafik Astro AWANI
Grafik Astro AWANI
Muhammad Adib, 24, merupakan Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya cedera parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian di sebuah kuil, 27 November lepas.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.
Md Ali berkata, majlis tahlil buat Allahyarham Muhammad Adib turut diadakan sebelum acara ringkas meletakkan tanda nama itu.
Topic Berkaitan
#bomba
#IJN
#Institut Jantung Negara
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kekecohan kuil
#mangsa
#meninggal dunia
#Muhamad Adib
#operasi
#Puchong
#rusuhan
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan