KUALA LUMPUR: Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan diarahkan untuk mengumpulkan nama pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing di negara ini bagi tujuan vaksinasi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Wee berkata sebagai sebahagian daripada anggota perkhidmatan barisan hadapan, mereka juga perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin bagi memastikan keselamatan pemandu, penunggang dan pelanggan.
"Satu perjumpaan maya telah diadakan hari ini dengan pihak pengurusan syarikat Grab bagi membincangkan progres pemberian vaksin ke atas pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing. Sekitar 100,000 pemandu e-hailing dan 50,000 penunggang p-hailing berkhidmat dengan Grab sekarang.
"Telah diumumkan, proses penjadualan pemberian vaksin bagi pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing sudahpun bermula, dengan kumpulan pertama yang bakal menerima vaksin melibatkan 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, malam tadi.
Katanya beliau memahami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pengangkutan merupakan perkhidmatan perlu yang terus beroperasi 24 jam sehari dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat selain juga memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas.
Wee berkata Kementerian Pengangkutan juga bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam usaha mencapai imuniti kelompok seawal mungkin.
"Saya berharap dengan adanya kerjasama semua pihak, pemandu kenderaan awam di bawah jagaan Kementerian Pengangkutan akan dapat menerima vaksin mereka selewat-lewatnya pada penghujung bulan Ogos nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021

Wee berkata Kementerian Pengangkutan bekerjasama rapat dengan CITF dalam usaha mencapai imuniti kelompok seawal mungkin. - Gambar fail BERNAMA

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

New York laksana pelan harga kesesakan kenderaan pertama di AS
Pelan harga kesesakan kenderaan yang meliputi kawasan Lower dan Midtown Manhattan mula berkuat kuasa pada Ahad, menjadikan New York City, bandar raya pertama di AS melaksanakan pelan sedemikian.

Landasan LTSAH dijangka beroperasi semula Isnin ini
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sejak 29 Nov lepas berikutan daerah Kota Setar dilanda bencana banjir, dijangka dibuka dan beroperasi semula Isnin ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.

Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain ekoran kualiti udara semakin buruk
Pihak berkuasa tempatan pada Rabu mengumumkan bahawa teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki Delhi.

Lelaki ditemui maut dalam teksi
Kebakaran yang bermula pada Selasa merebak melalui tumbuhan kering di bandar bersejarah Lahaina.

RM1 juta Armada Bersatu untuk bantuan - Peguam Syed Saddiq
Pasukan pembelaan Syed Saddiq berkata bahawa RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Armada merupakan bantuan untuk COVID-19, Ramadan, sumbangan hari raya dan kebajikan lain.

Lanjutan tempoh: Teksi, e-hailing capai usia lebih 10 tahun perlu buat permohonan semula
Pengendali kenderaan teksi dan e-hailing yang sudah mencapai had usia 10 tahun perlu membuat permohonan semula bagi membolehkan pelanjutan tempoh maksimum 15 tahun.

Had usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun - APAD
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun.