Namewee didakwa dua kes dadah

Namewee membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di dua mahkamah dalam prosiding pada 24 Oktober lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya, dua minggu lalu.
Ringkasan AI
- Namewee, pemuzik kontroversi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya.
- Wee Meng Chee didakwa memiliki dadah Ecstasy dan dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, THC, dan Ketamine di lokasi berbeza, serta menghadapi hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.
- Kesalahan yang didakwa ke atas Namewee berlaku di bilik hotel dan tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, dengan peguam Joshua Tay mewakili penyanyi rap tersebut di mahkamah.
Susulan itu, pengarah filem Nasi Lemak 2.0 berkenaan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga dan sembilan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memberikan diri sendiri dalam badannya, dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carbolic acid (THC) dan Ketamine.
Kesalahan didakwa dilakukan di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada jam 7.15 petang, tarikh sama.
Pertuduhan dibuat Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam kes ini, penyanyi rap tersebut diwakili peguam, Joshua Tay.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Wee Meng Chee, atau Namewee, berkenaan dadah berbahaya? A: Wee Meng Chee didakwa memiliki dadah jenis Ecstasy dan Amphetamine, Methamphetamine, THC, serta Ketamine.
- Q: Di manakah kesalahan tersebut dikatakan telah dilakukan oleh Wee Meng Chee? A: Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Conlay dan di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
- Q: Apakah hukuman yang mungkin dijatuhkan ke atas Wee Meng Chee sekiranya sabit kesalahan? A: Wee Meng Chee boleh dihukum dengan penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga dan sembilan sebatan, serta denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun.
- Q: Siapakah peguam yang mewakili Wee Meng Chee dalam kes ini? A: Wee Meng Chee diwakili oleh peguam bernama Joshua Tay.
- Q: Apakah tarikh prosiding di mahkamah di mana Wee Meng Chee mengaku tidak bersalah? A: Wee Meng Chee membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada 24 Oktober lalu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

