19 OGOS lalu dunia menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia. Ia diwartakan oleh PBB sebagai mengenang kejadian mendukacitakan apabila seramai 22 orang terbunuh termasuk Diplomat PBB, Sergio Vieira de Mello, yang juga merupakan utusan khas kepada Setiausaha Agung PBB dalam misi ke Bahgdad, Iraq.
Kejadian bom bunuh diri berlokasi di Hotel Canal itu berlaku pada tahun 2003. Selanjutnya, lima tahun kemudian (2008), Perhimpunan Agung PBB telah mengisytiharkan 19 Ogos setiap tahun sebagai Hari Kemanusiaan Sedunia (WHD).
Laporan Tinjauan Kemanusiaan Global 2022 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa 274 juta orang, berbanding 235 juta pada 2021 memerlukan bantuan kemanusiaan. Ia menuntut tekad tinggi pelbagai kumpulan sokongan yang memiliki nurani kedermawanan melalui organisasi kemanusiaan yang mengirimkan para aktivisi dan pekerja mereka di seluruh dunia.
Kita mewarisi masa depan ekstrem seperti kata James Canton dalam bukunya The Extreme Future. Fenomena luruan monsun yang membawa hujan di tengah musim kering, banjir dahsyat, perubahan iklim tidak terkawal seperti musim panas yang membakar sebahagian besar Eropah mengejutkan banyak khalayak. Semua pihak menyatakan kebimbangan, termasuk para orator yang gagah berpidato.
Namun, kita percaya perubahan berdaya tahan (dynamic stabilism), ditoreh oleh perubahan mendasar bermula dalam skala kecil yang berhimpun kelak menjadi gelombang besar. Seperti kompilasi tulisan Greta Thunberg "No one is to small to make a different".
Kita perlukan pemimpin berkarisma yang dapat berperanan sebagai gam mencantumkan pelbagai kumpulan ini dalam sebuah gerombolan besar. Untuk menjadi tsunami yang dapat memukul segala binaan keangkuhan manusia. Namun, kita tidaklah mahu bercita-cita melangit. Dengan insaf mengenang usaha kecil yang boleh dimainkan, di mana ditaklifkan kita akan mengambil peranan aktif.
Pekerjaan kemanusiaan bertujuan meningkatkan darjah kemuliaan insan (karamah insaniyyah) samada di pihak jasmani dan rohani adalah kerjaya terbuka. Ia tiada menawarkan "career pathway" sepanjang hayat. Semua manusia memikul beban tugas ini tidak terkecuali, selagi waktu belum berhenti.
Ketidakterdugaan masa depan di era VUCA ini tidak boleh diserahkan sahaja dengan hanya menunggu waktu tiba tanpa kita bersedia memintas dan menterjemahkan keadaan sebaliknya.
Ada alat untuk dapat memangku masa depan. Ia telah ditulis para pemikir masa depan dengan kesedaran, bahawa cara terbaik untuk menjangka masa depan adalah dengan menciptakannya. The best way to predict the future is to create it, seperti kata-kata yang disimpulkan oleh Alan Kay ini benar-benar mengingatkan.
Merayakan kemanusiaan dunia tidak boleh lupakan bahawa tugasan yang paling lama belum berkuasa ditangani ialah memberikan hak kemanusiaan kepada bangsa dan negara yang telah dizalimi berabad lama – Palestin.
Baru-baru ini kami menghadiri 3rd International Youth Conference for Quds and Palestine yang dianjurkan oleh الائتلاف العالمي للشباب والرياضة للتضامن مع القدس وفلسطين (Global Coalition of Youth and Sports for Palestine - GCYSP) di Ankara, Turkiye. Inisiatif ini menghimpunkan pelbagai kumpulan pekerja kemanusiaan, aktivis keamanan yang telah menumpahkan segala yang mereka punyai kepada suatu tugasan global yang paling sukar.
Dr Chandra Muzaffar, Presiden International Movement for a Just World (JUST) menyebutkan bahawa isu Palestin sebagai “the mother of all conflict". Telah bersilih para pemimpin dunia berganti, berlembar-lembar resolusi dicapai, manakala deklarasi dan perjanjian telah berjilid ditandatangan lagi diisytiharkan. Isu besar ini tidak menuju penyelesaian.
“It takes a village to raise a child”. Kita meminjam peribahasa popular daripada Afrika ini. Ia boleh diterjemahkan sebagai “diperlukan sebuah desa untuk membesarkan seorang manusia”. Peribahasa ini dipilih sebagai tema untuk Hari Kemanusiaan Sedunia tahun ini.
Tidak salah kita anjurkan untuk diletakdudukkan dalam menanggapi isu Palestin. Kita mengqiyaskan bahawa tidak cukup isu kemanusiaan terhebat dalam sejarah ini diupayakan oleh sesetengah aktivis sahaja. Ia memerlukan dukungan moral, spiritual dan tekad politik daripada pelbagai kumpulan berkepelbagaian kuasa. Dengan tidak hanya menunggu pertolongan itu datang dan cita-citanya tunggal bagi melihat al-Quds dimerdekakan, GCYSP bertindak menghimpunkan kumpulan minat daripada kalangan ahli sukan dan pemimpin belia, badan beruniform seperti pengakap yang menaruh perhatian tinggi terhadap usaha ini.
Malaysia diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi GCYSA pada sesi baharu ini. Jufitri Joha telah dilantik bagi meneruskan ini daripada Ahmed M. AlAtawna sebagai pengerusi sebelumnya. Dengan pengalaman memimpin organisasi masyarakat majmuk berasaskan belia di pelbagai peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa, kapasiti Jufitri Joha untuk mengemudi ketumbukan baru ini diperakui memiliki legitimasi.
Pekerja kemanusiaan Palestin perlu bergerak kepada cara-cara baharu mengadvokasi perjuangan ini. Kegiatan sukan telah dikenal pasti sebagai pendekatan wajar. Ia masih belum banyak diselongkar. Sukan – dalam konteks sebagai mithalnya bola sepak adalah perayaan besar yang disambut dunia. Perayaan berasaskan agama dan budaya terhad kepada sesetengah pengamalnya. Tetapi, sukan dilihat menyatupadukan manusia sedunia atas semangat murni kesatuan melalui semangat kesukanan.
Piala Dunia Bola Sepak menjadi saksi bahawa sukan adalah alat terhebat untuk menyatukan manusia seluruh jagat. Tahun ini kita menyaksikan Doha, Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia. Kita harapkan GCYSP dapat memainkan peranan signifikan dalam peluang terhidang. Qatar sebagai negara yang menaungi faham inklusif dan progresif dilihat menorehkan legasi dan solidariti terhadap perjuangan Palestin sejak lama.
Negara lain yang memiliki nyalaan rasa (passionate) yang sama seperti Turkiye telah menyambung tanggungjawab kekhalifahan dengan begitu berahi sekali menjadi jurucakap ummah, menjadi bumbung yang menaungi perjuangan mendaulatkan kedaulatan Islam. Berbanding negara Arab lain yang masih terperangkap dengan slogan dan semangat parokial, nasionalisme kebangsaan Arab yang terhad pada negara-bangsa mereka sahaja.
Kegiatan GCYSP diharapkan dapat memecahkan blok ini dengan menawarkan denyut nadi kemanusiaan yang rentas kepercayaan. Pada satu perkara yang disetujui bahawa, isu Palestin adalah maruah manusia. Tidak ada manusia yang memiliki kemuliaan (dignity of men) akan merasa senang dengan penjarahan.
Di Eropah tidak terkecuali bersama gelombang kesedaran baharu ini. The Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang menghimpunkan ahli-ahli Parlimen, aktivis, usahawan yang prokemanusiaan bergabung menghimpunkan kekuatan yang terpecah sebelumnya.
Pendekatan yang mereka pilih ialah non-violent pressure (tekanan tanpa kekerasan). Mewakili citra progresif yang sering dilaungkan Barat sebagai liberté, egalite, fraternité (kebebasan, kesetaraan, dan persaudaraan) pasca Revolusi Perancis, nampaknya Barat belum benar-benar mendefinisikan kesedaran itu kepada masyarakat bukan barat khususnya Islam. BDS sebagai anti-thesis kepada kemajuan perdana di Barat yang membuat keputusan bersama perjuangan Palestin dengan cara sendiri akan memberi nilai tambah terhadap seluruh pekerja kemanusiaan yang cintakan keamanan.
Kita mengharapkan dengan pelbagai perkembangan terbaharu, Malaysia dapat menangani isu induk global ini dengan adil dan saksama. Ia adalah sebuah penghormatan kepada Malaysia yang telah lama menghimpunkan kekuatan rakyat/ummah sebagai kuasa ketiga yang bersoladariti bersama Palestin melalui tenaga, harta dan jiwa.
Selamat hari kemanusiaan sedunia.
* Muhamad Hanapi Jamaludin adalah Pengurus Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti (SPKB)
* Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Muhamad Hanapi Jamaludin
Sun Aug 21 2022
Merayakan kemanusiaan dunia tidak boleh lupakan bahawa tugasan yang paling lama belum berkuasa ditangani ialah memberikan hak kemanusiaan kepada bangsa dan negara yang telah dizalimi berabad lama Palestin. - Gambar/ EPA
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Malaysia konsisten bantah kekejaman Israel terhadap Palestin
Malaysia akan kekal konsisten, fokuskan kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia
Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganjuran solidariti bersama Palestin sesuai diadakan di Dataran Perayaan - Menteri Sarawak
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mencadangkan Dataran Perayaan, berdekatan Stadium Negeri di sini sebagai lokasi penganjuran perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin.
Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.
Kedutaan untuk Palestin akan dibuka dalam masa terdekat - Dr Mahathir
Keputusan untuk membuka kedutaan tersebut yang ditauliahkan untuk Palestin bukan semata-mata kerana rakyat negara itu beragama Islam.