awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasharudin nafi terima dana SRC International, dakwa Rafizi berniat jahat

Bernama
Bernama
14/04/2017
13:56 MYT
Nasharudin nafi terima dana SRC International, dakwa Rafizi berniat jahat
Nasharudin menegaskan segala kenyataan Rafizi dalam Akuan Berkanun (SD) tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, berhubung penerimaan sumbangan daripada SRC International Sdn Bhd.
Dalam kenyataannya hari ini, Nasharudin menegaskan segala kenyataan Rafizi dalam Akuan Berkanun (SD) tidak mempunyai kaitan dengan dirinya dan beliau menyifatkannya sebagai fitnah serta berniat jahat terhadap dirinya dan PAS.
"Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau (Rafizi) melalui tuduhan yang tidak berasas dalam SD tersebut," katanya.
Nasharudin berkata beliau bukan sahaja bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang bentuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, malah telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya.
Ia termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa juga tindakan wajar dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat, katanya.
Semalam, Rafizi dilaporkan mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nasharudin Mat Isa
#Rafizi Ramli
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan