Ringkasan AI
- Mayat wanita warga emas ditemukan anaknya di kawasan semak belakang rumah di Kampung Pengkalan Baru selepas nasi yang dihantar tidak diambil.
- Mangsa, Che Bidah Sulung, 85, tinggal seorang diri dan rutin menerima makanan daripada anak-anak serta saudara-mara.
- Polis mengesahkan menerima laporan, mayat dibawa ke Hospital Bachok dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian.
BACHOK: Gerak hati seorang anak yang hairan apabila nasi yang digantung di pagar rumah ibunya masih tidak diambil membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas itu di kawasan semak di belakang rumahnya di Kampung Pengkalan Baru di sini pada Sabtu.
Che Bidah Sulung, 85, ditemukan anak sulungnya, Hilmiah Hamzah, 60-an pada kira-kira jam 3 petang selepas menyedari wanita itu tiada di dalam rumah.
Anak keduanya, Hindun Hamzah, 58, berkata, kakaknya datang menghantar nasi ke rumah ibu mereka jam 10.30 pagi dan menggantungnya di pagar seperti rutin biasa.
“Mak tinggal seorang diri di rumah itu dan rutin anak-anak serta anak saudara akan hantar makanan ke rumahnya.
“Tetapi apabila kakak datang semula dan mendapati nasi yang dihantar masih tak diambil, dia mula cari mak di sekitar rumah,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.
Hindun berkata, kakaknya kemudian menemui ibu mereka sudah tidak bernyawa di kawasan semak di belakang rumah.
Katanya, ibunya seorang yang aktif dan gemar membersihkan kawasan rumah.
“Mak juga tiada sebarang penyakit dan kami masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bachok untuk tindakan lanjut, manakala siasatan dijalankan bagi mengetahui punca kematian,” katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Bagaimana mayat wanita warga emas itu ditemui?
A: Mayat wanita warga emas itu ditemui oleh anak sulungnya di kawasan semak di belakang rumah selepas menyedari nasi yang dihantar masih tidak diambil dan wanita itu tiada di dalam rumah. - Q: Siapakah identiti mangsa dan siapa yang menjumpainya?
A: Mangsa ialah Che Bidah Sulung, 85 tahun, dan beliau ditemui oleh anak sulungnya, Hilmiah Hamzah. - Q: Apakah tindakan pihak polis selepas penemuan mayat?
A: Polis mengesahkan menerima laporan kejadian, membawa mayat ke Hospital Bachok untuk tindakan lanjut, dan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kematian. - Q: Apakah rutin harian keluarga mangsa berkaitan penghantaran makanan?
A: Anak-anak dan anak saudara mangsa secara rutin menghantar makanan ke rumahnya dan menggantung makanan di pagar rumah. - Q: Apakah keadaan kesihatan mangsa sebelum kejadian?
A: Menurut anaknya, mangsa seorang yang aktif, gemar membersihkan kawasan rumah, dan tidak mempunyai sebarang penyakit.