LAHAD DATU:Susulan siaran berita di Astro AWANI semalam mengenai nasib kanak-kanak lima tahun Muhammad Rayhan Jilhan yang menghidap 'Hidrosefalus', sejenis penyakit ketumbuhan otak di Lahad Datu hari ini mendapat perhatian daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau telah menghubungi dan mewakilkan pihak Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Cawangan Negeri Sabah untuk membuat lawatan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Rayhan di Kampung Desa Bajau.
Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Sabah, Haji Samin Ongki yang mewakili acara penyampaian sumbangan itu berkata, pihaknya dihubungi oleh Yang Berhormat Menteri Agama setelah melihat laporan Astro AWANI semalam.
"Alhamdulillah pada petang ini saya mewakili Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan juga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tampil untuk menyampaikan sumbangan kepada anakanda Rayhan yang sedang diuji oleh Allah dengan sakit yang berada pada tahap empat.
"Saya diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga barangan makanan untuk mambantu meringankan keluarga memandangkan ayahanda kepada Rayhan ini pun tidak mempunyai pekerjaan pada masa ini kesan daripada PKP," kata beliau.
BACA: Rayhan terlantar menghidap hidrosefalus, ibu bapa berdoa harap ada keajaiban
Ibu Rayhan, Julianah Mad Salli berkata anaknya itu lahir dan membesar normal seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang tanda akan sakit sehingga dia tiba-tiba rebah pada bulan November 2019 lalu dan doktor sahkan penyakit yang dihidapinya sudah di tahap kritikal.
Menurut Julianah, anaknya itu telah menjalani beberapa rawatan membuang lebihan air pada kepala dan ditahan di wad untuk beberapa waktu dan kini meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah kerana untuk penyakit tersebut tahap empat merupakan tahap yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk hidup.
Dalam pada itu, Samin memberitahu ajaran "ibu yati atau Islam Melayu" setakat ini belum masuk ke negeri Sabah dan yakin Jabatan Agama Negeri Sabah serta pejabat Mufti Sabah akan memerhatikan isu ini.
Zulhafiiz Brahim
Mon Feb 15 2021
Muhammad Rayhan Jilhan yang menghidap 'Hidrosefalus', sejenis penyakit ketumbuhan otak di Lahad Datu hari ini mendapat perhatian daripada Jabatan Perdana Menteri dan YADIM.
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
Zulkifli Al-Bakri umum peletakan jawatan sebagai Pengerusi The Noor
Katanya, keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Viral resipi kurma campur mentega untuk berbuka puasa, ini penjelasan Zulkifli Al-Bakri tentang khasiatnya
Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.
Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.
Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.
Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.
Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.
Tahi cicak tak batalkan wuduk - Dr Zulkifli
Wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya.