awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2020
21:55 MYT
Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Nasib seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu akan diketahui hari ini. -Gambar fail
Nasib seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lalu akan diketahui hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.
Pihak pembelaan mengakhiri kes mereka pada 19 Jun lalu selepas memanggil enam saksi.
Pada 28 Jan 2020, Azman memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri.
Ini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun.
Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.
Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz tersebut yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini, pada 14 September 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati.
Ia sebaliknya boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.
Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan yang bermula pada 30 Mei 2018.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
Topic Berkaitan
#Azman Abdullah
#hukuman mati mandatori
#Kampung Datuk Keramat
#Kanun Keseksaan
#prima facie
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#Seksyen 302
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan