PADANG TERAP: Penurunan harga getah sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai penoreh terutamanya di daerah Padang Terap, Kedah hidup dalam keadaan gelisah kerana terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang semakin tinggi.
Derita itu dirasai ramai pekebun getah seperti mereka, kesan daripada harga komoditi itu yang 'turun naik' di pasaran sejak beberapa tahun lalu.
Situasi itu memberi kesan kepada golongan tersebut sehingga ada dalam kalangan penoreh terpaksa bergadai barang kemas, malah berhutang bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Penoreh dari Kampung Pisang, Sarimah Ismail, 58, berkata sebelum ini mereka masih boleh bertahan walaupun harga getah tidak stabil, namun, sejak kenaikan harga barangan terutamanya keperluan dapur, situasinya sangat membebankan.
Katanya, harga getah sekerap sekarang hanya RM2.20 sekilogram (kg) sedangkan barangan dapur naik melonjak.
"Kita motong getah (menoreh) tapi bila hujan, kita nak ambil (duit) dari mana? Hujan turun seminggu ke dua minggu... getah sekerap murah... lepas tu kena bergadailah nak buka sekolah ni.
"Kena himpun (duit) sikit-sikit lagu (macam) tu. Ini nak masuk sekolah kena himpun sekali, jual sekerap sikit-sikit. Kalau tak himpun lagu tu macam mana nak beli (barang)?" soal Sarimah.
Masalah sama dihadapi Mohd Nizam Razali, 46, dari Kampung Barokhas, apabila keadaan bertambah teruk kerana dia yang menoreh secara pawah dan perlu membahagi dua setiap hasil yang diperoleh.
Menurutnya, ini sudah pasti akan memberi kesan yang sangat teruk sehingga dia terpaksa melakukan kerja sampingan lain untuk menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak.
"Pendapatan teruk sekarang ni. Bulan ni baru sekali jual, sekali jual dapatlah RM300... bahagi dua dapat RM150. Kira dalam sebulan itu, tiga kali jual sahaja... dengan hujan dalam tiga kali. Jual sahaja boleh dalam RM300 lebih macam tu, tak sampai (jumlah itu) kalau motong (menoreh) orang punya.
"Ada lah sikit tabur baja, menebas, meracun... Kalau tidak, memang tak cukup. Kalau anak seorang pun tak cukup, kalau anak yang banyak empat lima orang lagilah," keluhnya.
Zaidi Abdullah, 48, pula berharap sudah sampai masanya pihak berkenaan mengkaji semula harga getah supaya seimbang dengan kenaikan harga barangan hari ini.
Tambah membebankan, mereka terpaksa menanggung kenaikan harga baja dan racun sehingga sukar untuk mereka membeli baja atau racun bagi menambahkan pengeluaran susu getah.
Katanya, keadaan hari ini bertambah perit dengan hujan yang sering melanda sehingga mereka terpaksa ‘gantung pisau’.
"Kebanyakan macam isteri-isteri yang masuk (ambil pinjaman) Amanah Ikhtiar, setiap minggu kena bayar. Jadi kalau mengharapkan getah semata-mata, memang tak bolehlah. Kalau nak banding dengan zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu, kira hebatlah... RM6 orang nak beli pun pakai resit.
"Getah sekarang ni apa pun tak laku (terjual).. (Hendak) mengharapkan Kerajaan Persekutuan seelok-eloknya dapatlah (dilakukan inisiatif) mempertingkatkan hasil penoreh dan petani.
"Kita di daerah Padang Terap ni ada diwujudkan Rubber City... Apa faedahnya Rubber City? (Nasib) pendapatan penoreh tak boleh buat apa pun," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jan 15 2023
Tanggungan perbelanjaan harian yang semakin tinggi memaksa golongan penoreh getah membuat keputusan terdesak demi meneruskan hidup. - Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penoreh getah mengaku salah cederakan warga emas guna parang
Seorang penoreh getah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga emas menggunakan parang.
'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah
Ismail berkata permintaan cendawan itu sangat memberangsangkan dengan pasaran tertumpu di sekitar Kuala Nerang.
Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang
Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap dan denda RM3,000.
Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.