KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa beberapa nasihat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak selalunya munasabah dari sudut kewangan.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kesnya membabitkan dana 1MDB.
Muhammad Shafee: Kamu melihat nasihat Jho Low berhubung perkara yang perlu dibangkitkan dan sebagainya. Sebagai CEO berpengalaman dalam bidang korporat, bagaimana kami menilai nasihatnya? Adakah hebat, sederhana, boleh diterima? Secara umum, adakah pelik dan tidak masuk akal?
Mohd Hazem: Secara amnya, nasihatnya ada kaitan dengan perkara yang memerlukan tindakan pantas. Ada yang munasabah dan ada beberapa yang mungkin tidak masuk akal dari sudut kewangan.
Muhammad Shafee: Kamu menyedari bahawa beberapa nasihat boleh diterima dan ada yang tidak sesuai dari sudut kewangan?
Mohd Hazem: "Ya".
BACA: Saya percaya UMNO peroleh manfaat daripada 1MDB - Bekas CEO
Kepada soalan sama ada nasihat yang diberi melalui e-mel atau mesyuarat, Mohd Hazem berkata nasihatnya melalui Blackberry Messenger atau mesyuarat bersemuka.
"Mesyuarat bersemuka yang dihadiri pegawai kanan diadakan di pangsapuri Jho Low di 3 Kia Peng, di Kuala Lumpur.
"Sebenarnya, Jho Low tidak boleh dilihat memberi nasihat kepada 1MDB, tidak boleh berada di pejabat 1MDB," kata Mohd Hazem dan menjelaskan bahawa tindakan bermesyuarat di rumah ahli perniagaan itu "kerana Jho Low bukan sebahagian 1MDB".
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
MOHD HAZEM: Secara amnya, nasihat Jho Low ada kaitan dengan perkara yang memerlukan tindakan pantas. Ada yang munasabah dan ada beberapa yang mungkin tidak masuk akal dari sudut kewangan. - Gambar fail BERNAMA
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Netizen tegur skirt Mimi Lana makin senteng
Pelakon dan dramatis, Mimi Lana memang cukup sinonim dengan fesyen.
'Dah lama orang tak nasihat' - Ebit Lew santuni GRO di Surabaya
Kongsi Ebit Lew, golongan ini sudah lama tidak didekati insan yang mahu berkongsi ilmu dan nasihat.
Anak remaja tidak boleh ditengking, harus guna nasihat dengan hikmah
Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan dalam mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Faizal Azumu bantu PM tumpu isu kesihatan dan ekonomi
Ahmad Faizal berkata antara perkara yang akan diberi tumpuan oleh beliau ialah jalinan komuniti khususnya dalam menyampaikan pandangan rakyat kepada Perdana Menteri.
Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan pembatalan Ordinan Darurat - Prof Shamrahayu
Ini penjelasan oleh Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz tentang perihal undang-udang darurat.
'Sentiasa pantau anak' - Ibu bayi maut terjatuh pangsapuri
"Kita kena sentiasa pantau (anak), tiada mak yang nak benda ini terjadikan," kata ibu bayi perempuan yang maut terjatuh tingkat tiga.
SOP: Saman, kompaun langkah terakhir penguat kuasa
Tugas penguat kuasa adalah memberi nasihat dan teguran terlebih dahulu.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat boleh nasihati Agong tamatkan segera darurat - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi.
MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah.
Nasihat Jho Low berkaitan isu kewangan tidak selalu munasabah - Saksi
Mohd Hazem menjelaskan, tindakan bermesyuarat di rumah Jho Low adalah kerana ahli perniagaan itu "bukan sebahagian 1MDB".