awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah

Bernama
Bernama
29/08/2019
12:55 MYT
Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah
Bacaan cerapan terbaharu turut menunjukan kedudukan terkini ribut itu berada kira-kira 1,451 km dari barat laut Kudat, Sabah berbanding 1,305 km pada bacaan cerapan 8 pagi tadi. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu petang tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika berkenaan sedang bergerak ke arah barat Sabah dengan kelajuan maksimum sehingga 83 kilometer (km) sejam.
Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang tadi, ribut tropika itu kini berada pada kedudukan kira-kira 513 km ke tenggara Hanoi, Vietnam.
Bacaan cerapan terbaharu turut menunjukan kedudukan terkini ribut itu berada kira-kira 1,451 km dari barat laut Kudat, Sabah berbanding 1,305 km pada bacaan cerapan 8 pagi tadi.
"Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Hanoi
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Kudat
#MetMalaysia
#perairan Sabah
#Podul
#Ribut Tropika
#Sabah
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan