Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda Malaysia, terutama Sabah terus menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata selain itu, Sabah yang mempunyai lebih 32 kumpulan etnik menjadikan ia sebuah negeri yang kaya dengan khazanah budaya yang unik.
"Saya dapat merasakan masyarakat di Sabah sudah mengamalkan budaya 1Malaysia sebelum ia diperkenalkan Perdana Menteri lagi...ini adalah satu keunikan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke program Promosi Kraftangan di Lintasan Deasoka dan Pasar Ahad Gaya Street di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata kementerian juga akan memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi memaju dan mengembangkan industri serta produk pelancongan yang terdapat di 'Negeri Di Bawah Bayu' ini.
"Ini termasuk menambah baik program inap desa di Simpang Mengayau (Kudat)yang menyediakan kemudahan kepada pelancong untuk menikmati keindahan sewaktu matahari terbenam.
"Walaupun saya bukan orang Sabah tetapi saya akan mempromosikan negeri ini ...dan menjadikan Sabah destinasi utama pusat pelancongan di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata kemudahan dari segi pengangkutan udara turut diberi perhatian memandangkan perhubungan ke Sabah melalui kapal terbang mempunyai ruang untuk diperbaiki.
"Di samping itu, lampu-lampu di jalan raya terutama di kawasan Kota Kinabalu dan kawasan kependudukan juga akan diberi perhatian dengan kerjasama kerajaan tempatan," katanya yang turut melawat ke Lembaga Pelancongan Sabah di sini.
Bernama
Sun Jun 02 2013
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Kartina terbit dua aplikasi mudah alih pada ketinggian 4,095 meter
Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah telah berjaya diterbitkan ke Google Play Store dan Apple App Store.
Ibu hidap penyakit jantung galas anak kecil tawan Gunung Kinabalu
Penghidap penyakit jantung Amanda Omeychua tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk menggalas anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan, menawan Gunung Kinabalu.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu
Lelaki tersebut melakukan ekspedisi itu bersama isterinya termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung dalam kumpulan mereka.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.