KUALA LUMPUR: Indeks Kerapuhan Pantai Negara (NCVI) yang merupakan antara petunjuk penting dalam Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara ke-2 (RPP-2) dapat memberikan gambaran awal tentang tahap kerapuhan atau kerosakan kawasan pesisiran pantai negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PlanMalaysia Md Nazri Abdullah berkata melalui indeks berkenaan, pihak berkaitan boleh meneliti risiko bencana yang akan dialami negara pada masa depan selain membolehkan bentuk kawalan pembangunan dilaksanakan.
"Kalau dahulu, kita hanya fokus kepada skop kecil iaitu melihat kepada risiko banjir, hakisan pantai dan sebagainya tetapi kerana keadaan sekarang sudah berubah akibat pemanasan global dan paras air laut juga naik maka kita (PlanMalaysia) telah berbincang dan bersepakat dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia untuk menambahkan indeks ini dalam RPP-2.
"Tujuannya untuk memberi maklumat asas tentang tahap kerapuhan (kerosakan) bagi kawasan-kawasan tertentu kerana kita menjalankan kajian ini (RPP-2) di peringkat yang agak besar, kita perlukan asas yang dapat berikan kita gambaran awal," katanya dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, di sini malam ini.
RPP-2 yang dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 14 Jun lepas adalah dokumen panduan dalam merancang pembangunan di zon pesisiran pantai dalam mewujudkan Malaysia Berdaya Huni.
Dokumen itu diwujudkan sebagai langkah persediaan menghadapi fenomena perubahan iklim yang sedang berlaku di samping penjagaan serta pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar terutama di kawasan pesisiran pantai.
Md Nazri berkata NCVI itu diwujudkan selepas mengambil kira data yang menunjukkan bahawa hampir 24 peratus penduduk di Malaysia tinggal di kawasan pesisiran pantai.
"Jadi komitmen semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan negeri untuk sama-sama memberikan tindak balas terhadap perkara yang berlaku di sekeliling persekitaran mereka penting dalam mengetahui risiko kerapuhan di kawasan dihuni 24 peratus penduduk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
NCVI itu diwujudkan selepas mengambil kira data yang menunjukkan bahawa hampir 24 peratus penduduk di Malaysia tinggal di kawasan pesisiran pantai. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
NCVI beri gambaran awal tahap kerosakan kawasan pesisiran pantai negara - PlanMalaysia
Melaluinya, pihak berkaitan boleh meneliti risiko bencana yang akan dialami negara pada masa depan.