MENGANGGAP ia satu anugerah dari Allah, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Hafal surah pendek dalam Juzuk 30, menurut Neelofa, perkara itu datang dengan sendirinya tanpa sebarang paksaan dari dia mahupun suaminya, Haris Ismail.
“Alhamdulillah, sebenarnya memang itu adalah rezeki dan anugerah dari Allah. Dia memang minat dengan baca bacaan Al-Quran.
“Dia minat, tak ada paksaan, tak ada suruh atau push. Memang dari kecil sesiapa baca Al-Quran dia akan pergi dengar dan duduk dekat-dekat. Itu adalah satu rezeki yang Allah bagi kat dia.
“Dan sebab dia ada minat itu kalau dia dengar apa-apa surah tu dia ingat. Budak kecilkan dia senang ingat Al-Quran. Dia hafal surah-surah pendek dalam Juzuk 30,” katanya kepada Gempak.
Terkejut Bilal hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa turut berkongsi dia dan Haris berasa terkejut apabila Bilal mampu membaca beberapa ayat pertama surah Yasin dengan sendirinya.
“Dia suka baca surah Al-Asr. Yang paling saya terkejut sekali bila memang Juzuk 30 tu banyak yang dia dah hafal. Yang paling saya terkejut dengan suami tu bila baru-baru ini beberapa ayat pertama surah Yasin tu dia ingat.
“Kami macam terkejut. MashaAllah, Tabarakallah, dia memang minat. Tak ada pun macam kita suruh ke tak. Itu dia sendiri,” jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Mon Apr 08 2024
Neelofa dan Haris berasa terkejut apabila Bilal mampu membaca beberapa ayat pertama surah Yasin dengan sendirinya. - Foto Gempak
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.
'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.
"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.
Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.
Neelofa selamat lahirkan anak kedua
Pengacara dan usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan putera keduanya, Selasa lalu.