Negara-negara Islam mempunyai kebolehan, kekuatan dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain namun tidak mempunyai kemahuan untuk melakukannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata perkara itu menyebabkan mereka dilihat lemah dan mengakibatkan umat Islam terus ditindas, dikuasai dan dizalimi oleh orang lain.
"Dengan jumlah 52 negara Islam di dunia ini, tidak ada satu pun dianggap negara maju, apakah ini kerana larangan daripada agama kita supaya kita tidak maju? Apakah ini bermakna bahawa orang beragama Islam tidak maju, tidak dibenarkan maju?
"Saya ingin jelaskan bahawa kita mampu bersaing dengan mereka. Kita sama dengan orang asing ini... daripada segi kebolehan akal fikiran tapi kita tidak gunakan kurniaan Allah SWT itu dengan cara baik.. dengan cara yang membolehkan kita melindungi agama Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-58 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kali ke-58 di sini, hari ini.
Mengambil contoh Korea Selatan, Dr Mahathir berkata negara itu yang suatu masa dahulunya berada di belakang Malaysia daripada segi pembangunan pentabdiran kini jauh berada di hadapan dengan pendapatan perkapitanya tiga kali ganda daripada negara ini.
Jelasnya, perkara itu antara lain didorong faktor penguasaan ilmu khususnya ilmu berkenaan pembangunan industri sehingga menjadikan mereka salah satu negara termaju di dunia.
"Apabila saya bandingkan negara kita dengan Korea dengan negara-negara Islam yang lain, saya berasa amat kecewa kerana kebolehan kita tidak kurang. Tapi oleh kerana kesilapan kita membuat tafsiran tertentu maka kita tidak dapat capai kemajuan seperti Korea dan lain-lain.
"Saya berpendapat yang salah bukan agama kita...agama tidak larang kita cari kekayaan asalkan kita mencari kekayaan secara halal dan kita guna kekayaan kita untuk bersedekah untuk membantu mereka yang lemah," katanya.
Beliau berkata sebenarnya segala konflik yang melanda di negara-negara Islam ketika ini boleh diselesaikan jika kembali kepada ajaran sebenar berpandukan kepada Al-Quran.
Mengambil kira senario yang melanda ketika ini, Dr Mahathir berkata adalah amat sedih melihat orang Islam di Myanmar misalnya dihalau keluar dari negara mereka manakala di dunia Arab umat Islam di sana lari daripada negara mereka untuk mendapatkan perlindungan di negara lain.
"...dengan pengakuan bahawa kita tidak mampu pun mentadbir dengan baik negara kita...Ini adalah kesalahan kita kerana kita tidak patuh kepada ajaran agama Islam seperti terdapat dalam Al-Quran. Saya harap kita di sini ambil ingatan," katanya.
Beliau berkata satu masa dahulu, ada negara Islam yang dianggap maju dan kuat dan tiada siapa pun yang dapat menekan umat Islam ketika itu tetapi senarionya berbeza pada hari ini.
"Apabila hal ini berlaku kita patut tanya kepada diri kita sama ada kita patuh atau tidak dengan ajaran Islam. Ajaran Islam memerlukan kita melengkapkan diri dengan tombak, pemanah namun harini ia tidak boleh digunakan, tidak mampu pertahankan umat Islam.
"Kita perlu ada alatan canggih seperti yang digunakan oleh musuh kita...tapi untuk itu kita tidak ada keupayaan...membina dan membekal diri kita dengan alatan untuk mempertahankan umat Islam...secara langsung kita tidak dapat lindungi umat Islam seperti dikehendaki oleh agama kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Dr Mahathir berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkim malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.
Henti hina agama Islam - Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.
Adegan panas drama 'Perempuan Itu' tidak sesuai budaya tempatan - Ahmad Marzuk
Beliau berkata pemain industri hiburan seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).