Selepas 56 tahun, rakyat Malaysia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada sistem penyiaran televisyen (TV) analog yang ditamatkan sepenuhnya tengah malam tadi selepas Sabah dan Sarawak menjadi kawasan terakhir menutup siaran analog tersebut.
Sebanyak 26 stesen pemancar di Sarawak dan 16 di Sabah termasuk di Labuan menjadi stesen terakhir melakukan 'Analogue Switch Off' (ASO) secara serentak pada jam 12.30 tengah malam tadi.
ASO merujuk kepada proses peralihan siaran TV yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia oleh RTM sejak 1963 dan TV3 pada 1984.
Malaysia adalah negara ketiga di ASEAN melakukan peralihan siaran TV analog selepas Brunei dan Singapura beralih kepada siaran TV Digital masing-masing pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2019.
Seperti biasa setiap kali bila hendak menamatkan siaran di tengah malam, RTM akan memainkan lagu Negaraku'.
Tetapi lain pula pada malam yang bersejarah di Stesen Pemancar di Bukit Lima di sini, apabila pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan petugas stesen berkenaan menyanyikan lagu kebangsaan sebagai tanda tamatnya siaran TV analog.
Ketua Jabatan Platform Pengedaran dan Penciptaan Digital SKMM, Azlina Mohd Yusof, yang hadir pada majlis ringkas itu, berkata, antara persediaan yang dibuat sebelum peralihan itu ialah memastikan sistem digital berjalan dengan sempurna.
"Apa yang berlaku selepas penamatan siaran analog ini ialah penonton akan melihat grafik statik mengenai perkhidmatan 'myFreeview' yang ditawarkan secara percuma. Itu bagi mereka yang belum mempunyai dekoder myFreeview itu," katanya kepada wartawan Bernama dan RTM.
Grafik statik itu akan disiarkan selama seminggu dan selepas itu skrin televisyen hanya akan menayangkan bintik-bintik hitam putih.
"Bagi mereka yang sudah ada ada myFreeview, siaran akan berjalan seperti biasa," katanya.
Di SANDAKAN, hujan lebat di Stesen Pemancar Telekom Malaysia (TM) Bukit Trig di sini tidak menghalang majlis penutupan rasmi siaran TV analog di Sabah.
Penutupan secara rasmi siaran TV analog disaksikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.
Majlis itu turut dihadiri Pengurus Besar TM Sabah, Mohd Sainal Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel Holdings, Chelvakumar G Krishnan, Pengarah Kanan Pemboleh Digital SKMM, Nor Akmar Shah Minan, Naib Presiden Bahagian Kawal Selia MYTV, Shamsul Najib, Pengarah SKMM Sabah dan Labuan, Roslan Mohamad dan Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi.
Perkhidmatan TV digital di bawah penjenamaan myFreeview ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diberi secara percuma kepada rakyat, dikendalikan syarikat MYTV Broadcasting Sdn Bhd secara pembiayaan sektor swasta..
Menerusi siaran TV digital myFreeview, penonton boleh menikmati pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, pembelajaran interaktif melalui saluran TV termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Alhijrah, Bernama News Channel, dan TV Okey serta enam saluran radio.
Golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 yang terpilih pula mendapat set dekoder percuma untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan tanpa bayaran bil bulanan.
Orang ramai yang berminat untuk membeli dekoder berkenaan boleh mendapatkannya menerusi laman sesawang https://myfreeview.tv atau menghubungi talian 1800181088 untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019
Juruteknik bertugas di Stesen TV Analog Bukit Lima, Mohamad Salihin Lamin menekan butang peranti analog bagi menamatkan siaran TV 'terrestrial' analog dan beralih kepada sistem digital di Sibu malam tadi, 31 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Negara ucap selamat tinggal kepada TV analog
Sebanyak 26 stesen pemancar di Sarawak dan 16 di Sabah termasuk di Labuan menjadi stesen terakhir melakukan 'Analogue Switch Off' (ASO) secara serentak pada jam 12.30 tengah malam tadi.